Staf Pusat Pelancongan Lemas Semasa Hendak Selamatkan Pelancong );

Type to search

Backpackerz Berita

Staf Pusat Pelancongan Lemas Semasa Hendak Selamatkan Pelancong

Share
lemas

Seorang staf pusat pelancongan ditemukan lemas ketika sedang menyelamatkan seorang pelancong yang hampir lemas di Pantai Hisbiscus Villa, Jalan Kampung Marang Parang, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Estilly Lieo Uainis, 19, dikatakan lemas selepas dihanyutkan arus ketika membantu seorang pelancong terbabit.

BACA JUGA: Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-kanak 6 Tahun Lemas Ketika Mandi Laut

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 pagi dan sepasukan 11 orang pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba melakukan CPR terhadap pekerja pusat pelancongan yang lemas di Pantai Hisbiscus Villa, Jalan Kampung Marang Parang, Kudat hari ini. Foto: BOMBA.

Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan mengenai mangsa yang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan pelancong yang hampir lemas.

Walau bagaimanapun, pelancong itu berjaya diselamatkan oleh rakan sekerja mangsa manakala, mangsa pula dikatakan hilang dan hanya ditemukan oleh rakannya selepas sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Beliau berkata, sebaik sahaja ditemukan, mangsa terus diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pasukan bomba tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.35 petang.

[Sumber: Utusan Malaysia]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!