Stres Diberhentikan, Kerja Seorang Lelaki Mengamuk Di Kilang Dan Membunuh Diri - Verst Adamedia );

Type to search

Stres Diberhentikan, Kerja Seorang Lelaki Mengamuk Di Kilang Dan Membunuh Diri

Adamedia Berita Isu

Stres Diberhentikan, Kerja Seorang Lelaki Mengamuk Di Kilang Dan Membunuh Diri

Avatar
Share

Seorang Lelaki Mengamuk Di Kilang Dan Membunuh Diri merempuh masuk kawasan kilangnya, dia yang juga bekas pekerja kilang berkenaan mengamuk dengan merempuh masuk kawasan kilangnya dengan memandu kereta jenis Honda Civic di Kawasan Perindustrian Chemor,Perak. dan kemudian mati bunuh diri. Kejadian berlaku disebabkan kehilangan pekerjaan dan mengalami tekanan yang berat.

https://twitter.com/knz_mp_/status/1324368893788344320

Suspek yang berbangsa india berumur 52 tahun merupakan seorang bekas pengurus di kilang tersebut. Suspek melakukan amukan kira-kira 6.42 petang semalam dengan memandu rempuh pejabat kilang hingga menyebabkan kerugian yang agak besar iaitu sebanyak RM 1 Juta.

Suspek juga telah menyebabkan kebakaran pada “Production Labelling Department” dengan membaling botol petrol. Walau bagaimanapun, kebakaran tersebut berjaya dipadam oleh pengawal keselamatan disitu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Berdasarkan video rakaman suspek sendiri, beliau menunjukkan ketidak puas hati bagaimana bonus dan gajinya dipotong dengan alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Suspek juga meluahkan bahawa beliau terpaksa mengambil ubat bagi mengurangkan tekanan pada dirinya.

Setelah suspek melakukan perkara tersebut, pihak polis telah menerima sebuah laporan kemalangan yang melibatkan suspek. Saksi menyatakan bahawa suspek secara sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler dan mati di tempat kejadian.

Sumber: Sinar Harian, The Vocket

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!