Syarikat AirAsia Gantung Sementara Tempahan VTL );

Type to search

AirAsia Backpackerz Berita

Syarikat AirAsia Gantung Sementara Tempahan VTL Dari Kuala Lumpur – Bangkok – Singapura

Share
airasia

The Vaccinated Travel Lane (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Singapura adalah sistem yang memudahkan perjalanan dua hala oleh individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Dengan VTL, pengembara yang sudah lengkap vaksin COVID-19 dari satu negara dibenarkan masuk ke negara lain tanpa kuarantin dengan syarat melepasi ujian virus tersebut dan keperluan lain yang ditentukan oleh negara penerima.

BACA JUGA: Bencana Alam Terjadi Ketika Sedang Mengembara? Ini Apa Yang Anda Harus Lakukan

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd., menggantung tempahan penerbangan VTL dari Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok ke Singapura mulai 23 Disember 2021 hingga 20 Januari 2022.

Keputusan penggantungan VTL secara sementara dan serta-merta ditetapkan Singapura seperti yang diumumkan oleh kerajaan negara tersebut.

Bagaimanapun, AirAsia Malaysia akan terus beroperasi tujuah kali seminggu untuk penerbangan VTL dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan VTL dengan kod penerbangan AK dan Pas Perjalanan Vaksinasi (VTP) yang diluluskan dibenarkan masuk ke Singapura tanpa kuarantin tetapi perlu menjalani ujian COVID-19 semasa ketibaan.

AirAsia Thailand yang mempunyai kod penerbangan FD akan dibatalkan penerbangan VTL dari Don Mueang, Bangkok ke Singapura sehingga notis selanjutnya.

Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui emel dan pesanan ringkas dilengkapi arahan cara untuk memilih satu daripada pilihan pemulihan perkhidmatan yang boleh didapati untuk mereka.

Syarikat penerbangan tersebut sentiasa memantau dengan rapi mengenai situasi kesihatan global dan mempunyai hak untuk mengumumkan dasar selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Pihak AirAsia juga menggalakkan penumpang merujuk kepada halaman keperluan perjalanan di laman web rasmi AirAsia sebelum berlepas ke destinasi pilihan.

[Sumber: Bernama]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!