Tasik Kenyir Destinasi Ekopelancongan Pilihan, Terengganu Umum Tahun Melawat Kenyir 2021 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Tasik Kenyir Destinasi Ekopelancongan Pilihan, Terengganu Umum Tahun Melawat Kenyir 2021

Avatar
Share
Tasik Kenyir
  • Tasik Kenyir merupakan destinasi ekopelancongan terkenal di Terengganu.
  • Rumah bot & memancing antara tarikan utama di sini.
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memilih 2021 sebagai Tahun Melawat Kenyir (TMK2021).

Tasik Kenyir

Peluang bermalam di atas rumah bot atau lebih popular dipanggil houseboat di Tasik Kenyir sesuatu pengalaman percutian yang cukup luar biasa buat penulis ketika mengikuti program Ekspresi Media Kenyir 2019 anjuran Tourism Malaysia.

Pasti ramai tidak menyangka bahawa Tasik Kenyir menawarkan 1001 keunikan merangkumi ekopelancongan, ekologi dan bersifat pelancongan komuniti setempat (community based tourism) yang serba lengkap.

Bagi melonjakkan sektor pelancongan negeri, Terengganu telah memilih 2021 sebagai Tahun Melawat Kenyir.

Tasik Kenyir
Kenyir Elephant Conversation Village (KECV) Foto/Muizzuddin
Tasik Kenyir
Aktiviti water confident yang ditawarkan di Tasik Kenyir

Inisiatif ini dianjurkan Ketengah bagi mendukung Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan pilihan yang menawarkan pelbagai produk pelancongan yang sesuai buat pengunjung tempatan.


“Antara produk yang boleh diterokai oleh pelancong seperti Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conversation Village (KECV), Taman Herba, Taman Orkid, Air Terjun Lasir dan Sungai Saok, Gua Bewah, Guat Taat, Zon Bebas Tasik Kenyir, rumah bot, penganjuran aktiviti memancing serta banyak lagi,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman.


Pengumuman Tahun Melawat Kenyir 2021 menandakan kesediaan Ketengah merancakkan semula segmen percutian domestik sekaligus memperkukuhkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan wajib sekiranya berkunjung ke Terengganu.

Tasik Kenyir

Sedikit sebanyak TMK2021 akan membantu menjana semula ekonomi penggiat pelancongan antaranya pengusaha bot laju, pemilik rumah bot, pengusaha kedai makan serta komuniti setempat sekitar lokasi ekopelancongan ini setelah ‘lumpuh’ dek penangan Covid-19.

Paling penulis rindukan adalah masakan ikan baung original Tasik Kenyir, makan dengan nasi panas sambil menikmati pemandangan yang menenangkan. Satu hari nanti pasti akan kembali ke sini. 

Tasik Kenyir
Aktiviti berkayak di Air Terjun Lasir
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!