Rindukan Percutian Alam Semulajadi? Taman Botani FRIM Bakal Buka Semula Untuk Orang Ramai );

Type to search

Backpackerz Berita Hiking & Outdoor

Rindukan Percutian Alam Semulajadi? Taman Botani FRIM Bakal Buka Semula Untuk Orang Ramai

Share
taman botani frim

Buat anda yang sukakan aktiviti semulajadi , berita baik adalah Taman Botani FRIM di Kepong bakal dibuka semula mulai 2 Oktober ini untuk orang ramai!

Jadi, inilah masanya untuk anda luangkan masa bersama keluarga sambil menyaksikan pemandangan kawasan sekitar serta menghirup udara segar.

BACA JUGA: 9 Tempat Eko Pelancongan Menarik yang Boleh Singgah di Selangor

Setiap kali hujung minggu, pasti terfikir-fikir kemanakah lokasi yang boleh dilawati bersama seisi keluarga bukan?

Asyik masuk dalam pusat beli-belah sahaja pun boleh mendatangkan bosan dan ‘kempis’ dompet. Jadi, salah satu alternatif yang boleh dibuat adalah dengan menghabiskan masa bersama aktiviti semulajadi.

Pengunjung dibenarkan masuk dengan syarat-syarat berikut:

● Hanya individu yang lengkap vaksinasi (melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua) dan perlu menunjukkan bukti vaksinasi;
● Bilangan pejoging setiap satu masa: KBG (maksimum 200 orang) dengan sistem tagging;
● Kawasan yang dibenarkan: Hanya jalan berturap dan trek joging; dan
●Dilarang menjalankan aktiviti berkumpulan seperti taichi, zumba atau menggunakan pondok rehat.

Semua pengunjung Taman Botani FRIM juga perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan dan kakitangan FRIM serta SOP yang dikenakan oleh kerajaan seperti ‘check-in’ dengan aplikasi MySejahtera dan suhu badan tidak melebihi 37.5 celcius.

Harga tiket seperti berikut:

1. Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
2. Kakitangan FRIM: RM 8
3. Warga emas: RM 10 | *RM40
4. Dewasa: RM 15 | *RM 40
5. Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
6. Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

FRIM juga mula menerima pembayaran tanpa tunai (cashless) melalui Touch ‘n Go eWallet bagi kemasukan serta parkir.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): frim_enquiry@frim.gov.my/ 03-6279 7592/7596/7649].

[Sumber: FRIM]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!