Lokasi Tumpuan Tangga Haiku Di Hawaii, Bakal Dimusnahkan Pada Tahun Hadapan );

Type to search

Backpackerz Berita

Lokasi Tumpuan Tangga Haiku Di Hawaii, Bakal Dimusnahkan Pada Tahun Hadapan

Share
hawaii

Tangga Haiku yang merupakan antara tumpuan pelancong di Hawaii, berkemungkinan akan dimusnahkan tahun hadapan berikutan persetujuan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Honolulu.

Tangga yang mendapat gelaran nama ‘Stairway to Heaven’ ini  berada di ketinggian 2.800 kaki di Kaneohe, yang terletak di sebelah timur Oahu.

Difahamkan, ianya mula dibina oleh Angkatan Tentera Laut AS pada tahun 1940-an dan sehingga ke hari ini masih berdiri teguh dan telah menjadi salah satu daripada keajaiban dunia.

hawaii

Merupakan salah satu tarikan utama di Hawaii, lokasi ini juga tidak terlepas daripada kes yang meragut nyawa dan kecederaan dengan yang paling terbaru ianya melibatkan seorang pemuda berusia 24 tahun yang cedera di lutut dan terpaksa dikeluarkan pada bulan April lalu.

Pada 8 September, Majlis Bandaraya Honolulu sebulat suara memilih untuk membuang tangga berkenaan untuk selamanya.

hawaii

“Bandar ini telah membelanjakan hampir $ 1 juta dolar pada pembayar cukai untuk merombak tangga dan ratusan ribu dolar untuk kos keselamatan,” kata anggota majlis itu, Brandon Elefante kepada Hawaii News Now.

“Pada dasarnya, lokasi ini tidak wajar dijadikan sebagai tarikan pelancongan dengan kerana tidak memiliki kemampuan untuk menyediakan kemudahan atau tempat letak kenderaan yang sesuai.

“Selain itu, tiada sebarang akses telekomunikasi untuk ke tangga dan pemilik tanah utama di pangkalan tersebut menjelaskan bahawa beliau tidak berminat untuk memberikannya. Jadi kami sebulat suara ingin memusnahkan tangga itu mengikut perancangan yang ditetapkan.” katanya.

hawaii

Buat masa ini, denda maksimum sebanyak $ 1,000 akan dikenakan pada mereka yang ditangkap mencerobohi Tangga Haiku.

Ianya sememangnya merupakan satu kerugian buat mereka yang masih belum berpeluang menaiki tangga ini kerana lokasi berkenaan bakal dihancurkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, keselamatan orang ramai perlu lebih diutamakan dan sekiranya anda pernah berkunjung ke sini, anda sememangnya sangat beruntung!

 

[Sumber]: cnntravel

 

Baca: [TONTON] Lambakan Ais Krim! Singapura Tawar Keunikan Muzium Ais Krim Buat Pelancong

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!