Tangguh Dulu Perjalanan ke India dan Pakistan - Wisma Putra Nasihat Rakyat Malaysia - Verst Berita

Type to search

Tangguh Dulu Perjalanan ke India dan Pakistan – Wisma Putra Nasihat Rakyat Malaysia

Berita

Tangguh Dulu Perjalanan ke India dan Pakistan – Wisma Putra Nasihat Rakyat Malaysia

Share
  • Update Terkini, Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia telah mengeluarkan amaran perjalanan membabitkan destinasi di Utara India
  • Para pelanggan boleh pantau status penerbangan mereka pada http://airasia.com/flightstatus
  • Sementara itu, Indian Airlines telah menghentikan perkhidmatan di beberapa bandar antaranya Amritsar, Chandigarh, Dehradum, Jammu, Leh & Srinagar
  • Penerbangan Awam Pakistan dilaporkan telah menutup ruang udara kepada kesemua domestic flight berikutan ketegangan yang berlaku

Berikutan konflik antara India dan Pakistan yang tercetus, Wisma Putra saran rakyat Malaysia agar menangguhkan lawatan atau melancong “tidak perlu” ke dua negara itu, terutamanya di wilayah yang paling terkesan akibat ketegangan berkenaan. 

Mungkin ini adalah waktu terbaik untuk kita merancang perjalanan yang lebih selamat berbanding memilih destinasi yang bahaya.

Keindahan Kashmir terletak gunungnya yang berpagar salju, tasik air tawar & padang rumput yang luas sering dibandingkan dengan Switzerland

Pada masa yang sama, sebagai sebuah negara yang menjalinkan hubungan rapat dengan kedua-dua negara tersebut, Malaysia menggalakkan India dan Pakistan untuk berdialog serta membuat rundingan maksimum.

Ia selaras dengan harapan negara yang berharap untuk membina suatu susunan antarabangsa yang aman dan stabil.

AirAsia
Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia

Sekiranya memerlukan sebarang bantuan, warga Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada talian +911124159300 atau +919319150306 selepas waktu bekerja. Manakala di Islamabad pula, hubungi pada talian +95212072900 atau +923000808549 selepas waktu bekerja. 


Buat pengetahuan korang, Pakistan telah menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan gencatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara iaitu Kashmir.


Kini, India telah menutup sekurang-kurangnya empat airport di kawasan utara negara itu, termasuk di Pathankot, Leh, Srinagar, Jammu dan Amritsar. Doakan baik-baik guys. Stay Peace No War!

Sumber: Bernama & Astro Awani 

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!