Tempoh Sah Pasport Antarabangsa Malaysia Dilanjutkan Selama 2 Tahun, Tiada Bayaran Dikenakan );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Tempoh Sah Pasport Antarabangsa Malaysia Dilanjutkan Selama 2 Tahun, Tiada Bayaran Dikenakan

Share
pasport
  • Hanya tertakluk bagi warga Malaysia yang berada di luar negara sahaja.
  • Bertujuan memudahkan proses renew MIP di luar negara.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk pelanjutan tempoh sah itu.
pasport

Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan tempoh sah Pasport Antarabangsa Malaysia (MIP) bagi warganegara yang berada di luar negara selama dua tahun.

Memetik catatan di Facebook Bahagian Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengatakan langkah itu bertujuan memudahkan pembaharuan MIP di luar negara dengan tarikh tamat pasport mereka pada tahun 2021.

“Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara mengenakan pelbagai syarat dan sekatan perjalanan yang menyebabkan ramai warga Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan mereka.

“Penangguhan yang berpanjangan ini menyebabkan ramai yang terpaksa tinggal lebih lama di luar negara dan ada di antaranya berasa perlu memperbaharui pasport mereka di luar negara kerana tarikh tamatnya telah hampir.

“Ini telah mengakibatkan peningkatan mendadak dalam bilangan pembaharuan MIP di pejabat luar negeri,” katanya.

Mereka yang terjejas boleh memilih untuk mendapatkan cap pelanjutan itu di Halaman Pemerhatian atau di mukasurat 48 pasport mereka di suruhanjaya tinggi atau kedutaan terdekat.

Difahamkan, tiada bayaran dikenakan untuk pembaharuan MIP di luar negara dan perkhidmatan untuk pelanjutan itu telah pun dibuka.

Tambah lagi, mereka yang berminat boleh menyerahkan permohonan tersebut dengan mengisi borang yang boleh didapati di Suruhanjaya Tinggi dan mengembalikannya di kotak penyerahan yang disediakan. Kemudian e-mel akan dihantar untuk sebarang tarikh temu janji.

Pembaharuan MIP termasuk proses dalam talian akan mengambil masa lapan hingga 12 minggu berikutan peningkatan permohonan pembaharuan dalam sistem serta tenaga manusia yang terhad sepanjang pandemik.

Warganegara yang ingin renew pasport antarabangsa Malaysia di luar negara boleh mengikut prosedur semasa untuk meneruskannya seperti biasa.

Sekali lagi penulis ingin tekankan di sini adalah pelanjutan tempoh 2 tahun tanpa bayaran hanya sah untuk mereka yang kini terkandas di luar negara sahaja.

Jadi anda jangan keliru ye. Penulis pun dah lupa pasport letak kat mana…

 

Sumber: Bernama

Semua pun rindukan untuk bercuti pada hujung minggu sambil berhubung dengan alam semula jadi. 5 destinasi pilihan kami di Selangor untuk mood percutian alam – baca di sini
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!