Terbang Serendah RM12 Sehala Laluan Domestik, AirAsia Lancar Promosi 3 Hari Susulan Kebenaran Rentas Negeri Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Terbang Serendah RM12 Sehala Laluan Domestik, AirAsia Lancar Promosi 3 Hari Susulan Kebenaran Rentas Negeri

Share
  • Tambang ahli BIG All-in serendah RM12 sehala.
  • Tebus E-baucar Cuti-Cuti Malaysia RM50 & boleh digunakan.
  • Nikmati perjalanan bersama AirAsia dengan keyakinan serta mematuhi prosedur kesihatan & kebersihan yang ditetapkan.

Tanggal 7 Disember 2020. Antara pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia pada tarikh itu adalah kebenaran rentas negeri, daerah dan mukim. Tiada lagi sekatan jalan raya antara sempadan negeri.

Ini bermakna kita sudah boleh melancong dalam negara guys! Cuma terdapat beberapa kawasan yang masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPK) bermula hari ini.

Lantas pengumuman tersebut, AirAsia menyambut baik keputusan Kerajaan Malaysia yang membenarkan perjalanan antara negeri dan daerah mulai hari ini.

AirAsia

Cuti-Cuti Malaysia

Berita baik untuk anda. Berikutan green light itu, AirAsia mengumumkan promosi tiga hari untuk penerbangan domestik seluruh Malaysia dari 7 Disember hingga 9 Disember 2020.

Lebih menarik, tambang ahli BIG All-in dari serendah RM12* sehala untuk tempoh perjalanan bermula 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021. *Tambang sehala ahli termasuk cukai dan yuran. Tambang bukan ahli dari RM18. Tempah sekarang di sini

Info – Semua tempahan penerbangan yang dibuat mulai sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 berhak mendapat pindaan tarikh tanpa had, tanpa bayaran perubahan melalui My Bookings.

Pada masa sama, AirAsia sentiasa komited mengamalkan prosedur kesihatan dan kebersihan yang ketat di dalam pesawat demi keselesaan penumpang sepanjang perjalanan dengan syarikat penerbangan tambang murah ini.

AirAsia
Screen shot dari laman tempahan AirAsia

Selain itu, pakar keselamatan penerbangan Airlineratings.com telah mengiktiraf AirAsia dengan tujuh bintang teratas untuk penilaian kesihatan COVID-19 merangkumi perjalanan yang lancar, bersih dan tanpa sentuhan.


“Perjalanan udara domestik terus menjadi bahagian penting dalam memacu semula ekonomi negara dan AirAsia memuji usaha kerajaan dalam mendepani pandemik sambil mengimbangi pemulihan ekonomi” – Riad Asmat, CEO AirAsia Malaysia.


AirAsia turut mengumumkan sebelum ini lapan laluan domestik baharu serta kolaborasi promosi Cuti-Cuti Malaysia dengan Tourism Malaysia; menawarkan e-baucar RM50. Bagi anda yang sudah menebusnya, ini adalah peluang terbaik untuk menggunakannya.

AirAsia
Antara tarikan menarik di Langkawi

Buat anda semua, tanggungjawab kini terletak pada diri masing-masing bagi memutuskan rantaian COVID-19 demi menjaga diri, keluarga dan mereka yang tersayang.

Kita masih belum menang dalam peperangan ini namun kita juga tidak kalah. Kita tegur kita menang!

Rancanglah perjalanan anda sebaiknya. Jangan mengambil mudah ‘kebebasan’ yang diberikan ini dan terus patuh SOP yang ditetapkan. #KitaJagaKita

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 9 Disember 2020 untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

AirAsia

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!