Terengganu Bekerjasama Dengan Kazakhstan untuk Naikkan Industri Pelancongan );

Type to search

Backpackerz Berita

Terengganu Bekerjasama Dengan Kazakhstan untuk Naikkan Industri Pelancongan

Farhana Syahirah
Share

Terengganu bakal menjadi lokasi pelancongan pilihan rakyat Kazakhstan berikutan promosi secara besar-besaran yang akan dilaksanakan di negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata promosi pelancongan itu adalah hasil kunjungan Konsul Kehormat Republik Kazakhstan di Malaysia, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahbuddin ke beberapa lokasi di Terengganu baru-baru ini.

Taman Tamadun Islam.

 

“Beliau sempat meluangkan masa ke Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, Taman Tamadun Islam serta Kampung Budaya Terengganu dan sangat tertarik dengan keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu.

“Kunjungan ini adalah permulaan kepada lebih banyak kerjasama antara Kazakhstan dan Terengganu terutama dari sektor pelancongan dan ekonomi pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama hari ini.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=L94rl9bhZbg[/embedyt]

Ariffin berkata kerjasama dua hala seperti itu secara tidak langsung dapat membantu Terengganu mencapai sasaran kedatangan 5.5 juta pelancong pada 2021.

“Promosi berterusan untuk menarik pelancong luar negara terutama yang tidak begitu terjejas dengan pandemik COVID-19 akan diteruskan mengikut kesesuaian.

“Walau berdepan banyak cabaran dan kita akan terus berusaha memperkasakan industri pelancongan negeri untuk merancakkan lagi pertumbuhan sosio ekonomi rakyat negeri ini,” katanya.

[Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!