Thailand Buka Lagi Tiga Pulau Untuk Pelancong Antarabangsa, Hanya 69 Negara Dibenarkan Buat Masa Ini );

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Thailand Buka Lagi Tiga Pulau Untuk Pelancong Antarabangsa, Hanya 69 Negara Dibenarkan Buat Masa Ini

Share
Thailand Koh Samui

Selepas melancarkan program “Phuket Sandbox” pada 1 Julai lalu, Thailand kini membuka lagi tiga buah pulau untuk pelancong antarabangsa di bawah program “Samui Plus”.

Melalui program tersebut, pelancong antarabangsa dibenarkan untuk mengunjungi tiga pulau di kawasan Surat Thani – Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao – bermula 15 Julai.

Pelancong dibenarkan untuk memasuki Koh Samui secara terus menggunakan penerbangan antarabangsa, atau boleh memilih untuk terbang dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.

Untuk tujuh malam pertama, pelancong hanya dibenarkan untuk menginap di hotel Samui Extra Plus yang terpilih dan harus tinggal di hotel mereka selama tiga hari pertama.

Pada hari ke-4 hingga ke-7, barulah pelancong boleh melancong sekitar Koh Samui dan melakukan aktiviti yang dibenarkan. Kemudian, pada hari ke-8 hingga ke-14, mereka akan dibenarkan unutk berkunjung ke Koh Tao dan Koh Phangan.

Selepas 14 hari, mereka bebas melakukan perjalanan ke wilayah-wilayah lain di Thailand.

Lebih kurang 177 buah hotel dan 8,629 bilik telah dibuka semula di Koh Samui untuk aktiviti pelancongan. Pihak berkuasa menjangkakan kehadiran seramai 1000 pelancong pada bulan pertama pelancarannya.

Gabenor TAT, Yuthasak Supasorn berkata setakat ini hanya 80 pelancong antarabangsa yang telah menempah penerbangan ke Koh Samui antara bulan Julai dan September.

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi pelancong yang ingin menyertai program “Samui Plus” adalah:

  • Mempunyai pasport dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh lawatan
  • Telah berada di negara yang disahkan oleh Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) selama 21 hari atau lebih
  • Telah menerima perakuan kemasukan
  • Telah divaksinasi sepenuhnya dengan vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Awam Thailand (MoPH) atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  • Telah menempah dan membeli perjalanan pergi dan balik
  • Telah menempah dan membayar untuk penginapan, dan memerlukan ujian RT-PCR di hotel Samui Extra Plus atau SHA Plus
  • Telah membeli insurans perubatan dengan perlindungan rawatan Covid-19 yang bernilai sekurang-kurangnya AS$100,000
  • Telah diuji negatif untuk COVID-19 tidak lebih dari 72 jam sebelum masa perjalanan

Sejak “Phuket Sandbox” dilancarkan awal bulan ini, Phuket telah menerima seramai 5,473 pelancong antarabangsa dan 10 daripadanya telah diuji positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan di hospital.

Menurut statistik yang dikeluarkan TAT, sebanyak 196,766 bilik telah ditempah di Phuket hingga September ini. – thailand

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!