Thailand Buka Phuket Kepada Pelancong Luar Yang Sudah Divaksin Mulai 1 Julai Ini

Type to search

Asean Backpackerz Berita

Thailand Buka Phuket Kepada Pelancong Luar Yang Sudah Divaksin Mulai 1 Julai Ini

Share
buka

Berita baik bagi mereka yang sudah divaksin, Thailand mengalu-alukan kedatangan anda ke negara itu bermula 1 Julai ini di bawah program Phuket Sandbox.

Gabenor Tourism Authority of Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata pihak berkuasa telah bersetuju untuk membenarkan pelancong antarabangsa yang sudah divaksin untuk masuk ke pulau peranginan terkemuka itu.

“Pelan tersebut menetapkan bahawa tidak akan ada kuarantin untuk pengunjung antarabangsa dan mereka harus tinggal di Phuket sekurang-kurangnya 7 malam sebelum pergi ke kawasan lain. Pelan ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2021.

“Sehubungan dengan itu, TAT ingin menegaskan kembali rancangan di atas adalah mengikut jadual, dan Phuket akan dibuka kepada pengunjung antarabangsa mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pelan jangka masa pendek itu bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan industri pelancongan negara dan membuka jalan untuk pembukaan semula destinasi pelancongan lain di Thailand.

Siapakah yang layak melancong di bawah program ‘Phuket Sandbox’?

  • Pelancong dari negara berisiko rendah dan sederhana yang sudah divaksin (Seperti yang disenaraikan di Kementerian Kesihatan Awam di Thailand)
  • Vaksin haruslah diambil 14 Hari hingga 1 Tahun Sebelum tarikh Ketibaan
  • Bagi Kanak-kanak di bawah 12 Tahun yang tiba dengan ibu bapa, mereka tidak perlu mengemukakan sijil vaksin semasa ketibaan
  • Bagi remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun, mereka perlu menjalani ujian rapid antigen semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dengan biaya sendiri (anggaran kos ujian adalah 1,200 THB – 1,500 THB)
  • Mereka yang melancong melalui pengangkutan udara atau laut layak untuk program Phuket Sandbox

Phuket

Pelancong hanya dibenarkan melakukan aktiviti dan lawatan dengan pengendali pelancongan yang disahkan oleh Amazing Thailand Safety & Health Administration (hanya di dalam kepulauan Phuket).

Pelancong dibenarkan tinggal kurang dari 7 hari di pulau peranginan ini dan pulang ke negara asal atau pergi ke negara lain.

Namun, jika mereka mahu meneruskan perjalanan ke wilayah lain di Thailand, mereka harus mengabiskan tujuh malam di Phuket terlebih dahulu. #DreamNowTravelLater

Sumber: Royal Vacation

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!