Thailand Rancang Kurangkan Tempoh Kuarantin 14 Hari Buat Pengembara );

Type to search

Backpackerz Berita

Thailand Rancang Kurangkan Tempoh Kuarantin 14 Hari Buat Pengembara

Share
thailand

Thailand merancang mengurangkan kuarantin 14 hari di hotel kepada pelancong dan pengembara yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 untuk membantu merancakkan semula ekonomi dan industri pelancongan.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata, jawatankuasa kawalan penyakit mencadangkan untuk mengurangkan tempoh kuarantin itu kepada tujuh hari tetapi wajib menjalani ujian RT-PCR sejurus ketibaan.

BACA JUGA: ‘Bubble and Sealed’ – Thailand Perkenal Pelan Pelancongan Istimewa di Chiang Mai Oktober Ini

Katanya, pengunjung tanpa sijil vaksinasi yang tiba menggunakan perkhidmatan udara akan dikenakan kuarantin 10 hari sementara ketibaan menerusi pengangkutan darat perlu dikuarantin dua minggu.

“Langkah-langkah itu tertakluk kepada pelawat daripada semua negara.

“Tempoh kuarantin yang lebih singkat tidak akan memburukkan lagi keadaan (COVID-19) kerana projek Phuket Sandbox membuktikan pengunjung tidak menyebabkan wabak sebaliknya jangkitan tempatan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata, jawatankuasa kawalan penyakit akan mengusulkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk mengurangkan kuarantin wajib 14 hari wajib pada minggu depan.

Thailand dalam usaha membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan kepada pengunjung lengkap divaksin mulai Oktober susulan kejayaan “Phuket Sandbox” dan “Samui Plus” yang dilancarkan Julai lalu.

Namun, rancangan membuka semula Bangkok pada 1 Oktober ditunda berikutan gagal memenuhi sasaran 70 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.

[Sumber: Astro Awani]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!