Thailand Bakal Lancar Kempen Percutian '1 Malam, 1 Dolar' Ke Phuket

Type to search

Asean Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Thailand Bakal Lancar Kempen Percutian ‘1 Malam, 1 Dolar’ Ke Phuket

Share
thailand

Kempen yang dinamakan, ‘Satu Malam, Satu Dolar’ telah diusulkan oleh Majlis Pelancongan Thailand (TCT) untuk menarik pelancong antarabangsa kembali berkunjung ke Phuket, menjelang pembukaan sempadan pada Julai tahun ini.

Dibawah rancangan itu, pengendali penginapan yang mengambil bahagian akan menawarkan harga bilik kepada pelancong asing dengan harga $ 1 USD untuk satu malam bagi sebuah bilik yang biasanya berharga antara 1,000 baht ($ 32 USD) hingga 3,000 baht ($ 90 USD) satu malam.

satu

Jelas presiden TCT Chamnan Srisawat, segala lebihan kos akan disubsidi oleh pemerintah dan sekiranya program berkenaan berjaya, pelancongan Thailand akan meluaskannya lagi ke peringkat antarabangsa.

“TCT juga membincangkan idea itu dengan pemborong utama dan ejen pelancongan dalam talian untuk mempersiapkan pembukaan semula Phuket dan mereka sedia membantu,” kata Chamnan.

Cadangan TCT telah diserahkan kepada Lembaga Pelancongan Thailand serta Kementerian Pelancongan dan Sukan, ia kemudiannya akan dikemukakan ke kabinet untuk dipersetujui dalam bulan Jun.

Sekiranya kempen ‘Satu Malam, Satu Dolar’ di Phuket berjaya, pemaju sektor swasta dan pemerintah akan memperluaskan kempen ini ke destinasi tarikan pelancongan lain seperti Koh Samui, Pattaya dan Bangkok.

Namun begitu, segalanya masih bergantung pada situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara berkenaan.

satu

Lembaga Pelancongan Thailand serta Kementerian Pelancongan dan Sukan akan mengkaji semula cadangan tersebut sebelum dikemukakan kepada babinet untuk persetujuan.

Kalau program ini berjaya direalisasikan, memang berduyun la pelancong asing berkunjung ke Phuket menjelang Julai ini. 

Hajat di hati ingin turut serta, namun apakan daya sempadan negara kita masih ditutup. Apa-apa pun jaga SOP dan stay safe ye semua!

 

Sumber: thethaiger

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!