Thailand Rancang Buka 4 Destinasi Popular Lain Selepas Kejayaan 'Phuket Sandbox' );

Type to search

Asean Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Thailand Rancang Buka 4 Destinasi Popular Lain Selepas Kejayaan ‘Phuket Sandbox’

Share

Beberapa minggu lalu, sektor pelancongan Thailand kembali rancak dengan kehadiran pelancong dari negara luar yang berkunjung ke Phuket.

Ianya berpunca daripada rancangan ‘Phuket Sandbox’ yang dilihat berjaya menarik perhatian pengunjung.

Lebih mencuri perhatian, mereka yang telah divaksin tidak perlu menjalani sebarang perintah kuarantin.

rancang

Berikutan daripada kejayaan itu, pihak kerajaan Thailand merancang untuk membuka lebih banyak destinasi kepulauan di negara itu pada masa akan datang.

Antaranya ialah Pulau Krabi, Koh Samui, Phang Nga Bay dan Chiang Mai. Berdasarkan rekod kemasukan pelancong, empat lokasi ini merupakan antara destinasi yang sering dilawati pengunjung luar sebelum wujudnya virus COVID-19.

rancang

rancang

Phiphat Ratchakitprakarn, Menteri Pelancongan dan Sukan berkata, pembukaan kembali Phuket merupakan langkah penting dalam revolusi industri pelancongan Thailand dengan pulau itu berfungsi sebagai destinasi contoh. 

“Kami berasa senang untuk sekali lagi menyambut pengunjung, dan ianya diyakini bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka adalah sangat penting di Thailand,” katanya.

rancang

Pelbagai langkah keselamatan telah dilakukan sebelum pelancaran Phuket Sandbox seperti skema pensijilan ‘Amazing Thailand Safety and Health Administration’ (SHA) di mana ianya diperakui oleh World Travel and Tourism Council (WTTC).

Difahamkan, beberapa syarikat penerbangan utama termasuk Etihad, Emirates, Singapore Airlines dan Thai Airways International (THAI), menyediakan penerbangan terus ke Phuket dari bandar-bandar seperti London, Frankfurt, Dubai, Abu Dhabi, dan Singapura.

rancang

Jika perancangan membuka empat tarikan utama itu benar-benar dapat direalisasikan, maka sudah tentu proses dan langkah keselamatan yang ketat akan diambil kerajaan Thailand dalam membendung penularan jangkitan COVID-19.

Tak sabarnya nak bercuti di kepulauan Thailand! Sawadikappp

 

Sumber: traveldailymedia

 

Baca: Tempoh Sah Pasport Antarabangsa Malaysia Dilanjutkan selama Dua Tahun, Tiada Bayaran Dikenakan
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!