Agensi Pelancongan Thailand Tawar Pakej Percutian Berserta Vaksin Ke Amerika

Type to search

Airlines Asean Backpackerz Berita

Agensi Pelancongan Thailand Tawar Pakej Percutian Berserta Vaksin Ke Amerika

Share
percutian

Agensi pelancongan Thailand dilihat sedang berkerja keras membaik pulih sektor pelancongan di negara itu apabila menawarkan pakej percutian yang dilengkapi vaksin.

Syarikat pelancongan Thailand, Unithai Trip menawarkan pakej berharga antara 75,000-baht (RM9,918) hingga 200,000-baht (RM26,448) untuk perjalanan ke Los Angeles dan New York.

Walaubagaimanapun, pakej harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut jarak masa antara dos pertama dan kedua.

percutian

percutian

Percutian tersebut dilihat bakal memberikan keuntungan kepada agensi pelancongan Thailand yang kian merudum akibat pandemik COVID-19 yang menyerang dunia ketika ini.

Pemilik Unithai Trip, Rachapol Yamsaen berkata, semua agensi pelancongan kini sedang menghadapi saat getir dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk kembali stabil.

Dalam masa yang sama, pakej percutian itu diadakan selepas ramai rakyatnya tidak sanggup menunggu untuk mendapatkan vaksin.

Difahamkan, rata-rata rakyat di sana mengkritik pemerintah negara mereka atas faktor peluncuran vaksin yang terlalu lambat.

percutian

Kebanyakan daripada mereka tidak mahu menunggu lama dan lebih sanggup merentas ke luar negara bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Setakat ini, kebanyakan daripada mereka yang telah menempah tiket bersama Unithai Trip adalah golongan yang berkeluarga.

Selain daripada itu, Amerika Syarikat bukan satu-satunya destinasi yang ditawarkan Thailand.

Sebuah lagi agensi pelancongan, Udachi turut mengiklankan percutian 23 hari di Rusia untuk mendapatkan suntikan vaksin Sputnik V pada harga 210,000 baht (RM27,764).

Bagi penulis, ianya merupakan satu langkah yang bijak kerana orang ramai bukan sahaja diberikan vaksin, malah dapat membantu merancakkan semula sektor pelancongan di negara berkenaan.

Diharap ianya dapat membuka mata pihak agensi pelancongan di Malaysia untuk turut sama melakukan perkara yang sedemikian.

 

Sumber: thethaiger

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!