Tiada Lagi Servis Makanan Dalam Penerbangan Thailand
Share

Perkhidmatan tambahan untuk penerbangan domestik di Thailand menjadi lebih asas disebabkan penyediaan servis makanan, minuman dan bahan cetak dalam penerbangan telah ditarik bagi mengekang penyebaran COVID-19.
Penggunaan servis makanan dan minuman dalam penerbangan tidak lagi dibenarkan, walaupun penumpang membawa minuman sendiri, kerana topeng mesti dipakai setiap saat. Sekiranya berlaku kecemasan atau keperluan, servis makanan dari kru kabin dibenarkan menyediakan air minuman untuk penumpang di kawasan terpencil, sejauh mungkin dari orang lain. Ini adalah kali kedua pihak berkuasa mengambil langkah ini, dimana mereka melaksanakannya sebelum ini pada 26 April tetapi menarik balik larangan tersebut pada 31 Ogos 2020.