Tourism Australia Lancar Kempen Pelancongan Unik Bertemakan COVID-19 );

Type to search

Backpackerz Berita

Tourism Australia Lancar Kempen Pelancongan Unik Bertemakan COVID-19

Share

Kempen ataupun slogan yang sering diguna pakai oleh syarikat pelancongan di dunia selalunya akan bertemakan destinasi percutian, keindahan alam dan lokasi yang menarik.

Namun, di era COVID-19 ketika ini, segalanya bakal berubah apabila penularan wabak berkenaan dilihat sebagai penghalang terbesar bagi sektor pelancongan seluruh dunia.

Untuk itu, Tourism Australia dilihat telah mula mengorak langkah dan bergerak seiring dengan pandemik ini apabila tidak lagi menjadikan destinasi percutian sebagai tarikan pelancongan utama mereka.

kempen

Kempen “It’s Our Best Shot for Travel” telah dilancarkan di Australia pada 16 Ogos lalu dan ianya agak unik apabila iklan dihasilkan lebih tertumpu kepada vaksinasi.

Walaupun Australia boleh dikatakan berjaya dalam menangani wabak tersebut, program vaksinasi di sana lambat dimulakan dan setakat ini, hanya 20% penduduk sahaj yang telah divaksinasi sepenuhnya.

Tema yang mengejutkan ini merupakan satu perkara yang disengajakan kerana ianya bertujuan bagi menarik perhatian orang ramai terhadap bahaya COVID-19.

kempen

Pengarah Urusan Majlis Pelancongan Australia (ATEC) Peter Shelley menyambut baik kempen Tourism Australia.

“Vaksinasi merupakan satu-satunya cara untuk kita bercuti di Australia, serta mengalu-alukan kedatangan pelawat antarabangsa.

“Diharap kempen positif ini akan diterima dengan baik secara meluas di seluruh sektor pelancongan seluruh negara,” katanya.

kempen

Ianya merupakan sebuah kempen yang sangat bagus dilakukan oleh Tourism Australia dan diharap akan diturut serta oleh negara-negara lain selepas ini.

Selain daripada kepentingan sektor pelancongan, tahap kesihatan dan pembendungan COVID-19 ini perlu lebih diutamakan.

 

[Sumber]: travelweekly

 

Baca: British Airways Lancarkan Peta Travel Digital COVID-19 

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!