BackPackerz Dengan Kerjasama Tourism Malaysia Anjur Peraduan “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021” );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

BackPackerz Dengan Kerjasama Tourism Malaysia Anjur Peraduan “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021”

Share

Majalah Digital Pelancongan, BackPackerz dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia menganjurkan Peraduan “Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021” khas buat pengikut dan peminat segmen percutian domestik.

Menyahut saranan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri kepada orang ramai untuk keluar melancong secara bertanggungjawab susulan pengumuman kerajaan berkaitan kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar yang membabitkan pergerakan antara negeri di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta kebenaran rentas daerah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nyata melegakan penggiat industri pelancongan tempatan.

Malah pengumuman khabar baik ini turut mengukir senyuman buat rakyat Malaysia yang sudah merindui destinasi percutian dalam negara.

tourism malaysia

Oleh itu, bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai untuk melancong di samping menyemarakkan sektor pelancongan domestik, Tourism Malaysia dan BackPackerz giat mempromosi secara digitalisasi.

Salah satu inisiatif adalah melalui Peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021.

Peraduan ini diadakan dari 17 Mac 2021 hingga 2 April 2021 dan menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan buat semua peserta yang mendaftar.

Lebih mengujakan, Majlis Pelancaran Peraduan Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist 2021 telah disiarkan secara maya (LIVE) pada 17 Mac (Rabu), jam 12.45 tengahari di Facebook BackPackerz dan Tourism Malaysia.

tourism malaysia
tourism malaysia
tourism malaysia

Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Korang wajib hantar penyertaan (gambar + cerita pendek) melalui pautan GOOGLE FORM di bawah;

✅ Sertai contest – https://cutt.ly/BzM6bAt
✅ Jangan lupa LIKE & SHARE posting peraduan di Facebook BackPackerz
✅ Tag 2 kawan korang pada posting peraduan di Facebook BackPackerz
✅ Tarikh tutup penyertaan – 2 April 2021 sebelum jam 6 petang
tourism malaysia
Peraduan 'Cuti-cuti Malaysia Travel Wishlist' 2021.
tourism malaysia

Jangan lupa ajak geng bercuti, travel buddy, komuniti kembara, kaki hiking, adventure, nature love, thalassophile dan keluarga korang untuk sertai peraduan ini.

Jom sama-sama kita rancakkan kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan norma baharu! Kita masih belum menang, terus patuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan.

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!