Trafik Penumpang Udara Susut, Kargo Pulih Pada Januari 2021 – IATA
Share

Aliran trafik penumpang udara susut pada Januari 2021 berbanding paras sebelum penularan pandemik COVID-19 tahun lepas, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Sebaliknya, permintaan kargo udara global pada Januari 2021 ini telah kembali ke paras pra-COVID-19 (Januari 2019) untuk pertama kalinya sejak krisis itu bermula.
Bagi permintaan penumpang udara, jumlah bagi Januari 2021 (diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer/RPK) terbukti berkurangan sebanyak 72 peratus berbanding Januari 2019 dan lebih buruk berbanding penurunan 69.7 peratus tahun ke tahun pada Disember 2020.