‘Travel Bubble’ Hong Kong – Singapura Bermula 26 Mei Ini );

Type to search

‘Travel Bubble’ Hong Kong – Singapura Bakal Bermula Pada 26 Mei Ini

Asia Backpackerz Berita

‘Travel Bubble’ Hong Kong – Singapura Bakal Bermula Pada 26 Mei Ini

Share
travel bubble

Sektor pelancongan kedua-dua buah negara, Hong kong dan Singapura dijangka akan kembali rancak melalui rancangan ‘travel bubble’ yang akan bermula pada bulan depan.

Walaubagaimanapun, orang ramai akan dikenakan syarat yang ketat sebelum mereka dibenar menaiki ‘travel bubble’ berkenaan.

Antaranya, pelancong perlu sekurang-kurangnya menetap selama 14 hari di Singapura ataupun Hong Kong sebelum berlepas ke penerbangan.

Rakyat Hong Kong pula diwajibkan untuk menerima suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum berangkat dan hanya kanak-kanak ataupun golongan tua yang berkecuali sahaja yang dibenarkan pergi tanpa suntikan.

Selain daripada itu, pelancong juga perlu memuat turun aplikasi LeaveHomeSafe sebelum bertolak.

travel bubble

Aplikasi ini bertujuan membantu pelancong di negara Hong Kong untuk mencatat sejarah perjalanan di dalam telefon bimbit. Pengguna juga akan menerima notifikasi sekiranya wilayah yang dikunjungi pernah dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT), situasi COVID-19 di Hong Kong semakin bertambah baik dan kadar penurunan kes jangkitan dapat dilihat beberapa minggu terakhir ini dan dalam masa yang sama, situasi Covid di Singapura juga kian stabil.

“Oleh itu, profil risiko jangkitan wabak COVID-19 di kedua-dua negara boleh dikatakan serupa.

“Kami akan memantau situasi COVID-19 dari sekarang hingga 26 Mei, dan akan meneruskan penerbangan sekiranya keadaan berterusan stabil dan terkawal di kedua-dua negara”, kata kementerian itu

Hanya 200 orang penumpang sahaja dibenarkan untuk terbang pada setiap hari dan jumlahnya akan dikaji semula selepas dua minggu pertama penerbangan.

Pelancaran ‘travel bubble’ ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi pelancongan negara, malah ia membuktikan hubungan diplomatik antarabangsa sangat penting tatkala musibah yang sedang melanda dunia ketika ini.

Harap-harap ada la sinar buat rakyat Malaysia pula untuk menaiki ‘travel bubble’ selepas ini. Rasanya bukan penulis seorang sahaja yang rindu nak bercuti ke luar negara kan?

 

Sumber: travelweekly

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!