IATA: Penumpang Mungkin Terpaksa Tunggu Sehingga 8 Jam Di Lapangan Terbang );

Type to search

Airlines Backpackerz Berita

IATA: Penumpang Mungkin Terpaksa Tunggu Sehingga 8 Jam Di Lapangan Terbang

Share
Lapangan Terbang

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk mengadaptasi proses saringan COVID-19 digital yang seragam di lapangan terbang mereka.

Menurut organiasi tersebut, penumpang mungkin terpaksa menunggu sehingga lapan jam untuk pengesahan rekod vaksinasi dan keputusan ujian jika perkara itu tidak dilaksanakan.

“Tanpa penyelesaian automatik untuk pemeriksaan Covid-19, kita akan melihat potensi gangguan lapangan terbang tidak dapat dielakkan,” kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh dalam satu kenyataan.

Walsh yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif International Airlines Group berkata, secara purata IATA menganggarkan masa menunggu pra-wabak adalah sekitar 1.5 jam.

Kini, walaupun kebanyakan lapangan terbang hampir penuh dengan kakitangan dan jumlah penumpang hanya sekitar 30% dari sebelum pandemik, masa menunggu sudah meningkat dua kali ganda sehingga mencapai tiga jam.

Kenaikan terbesar telah dilaporkan semasa daftar masuk dan kawasan pemeriksaan, di mana bukti dokumen kesihatan (terutamanya dokumen kertas) diperiksa.

“Tiada siapa yang akan bertolak ansur dengan waktu menunggu ketika mendaftar masuk atau untuk pemeriksaan,” kata Walsh. “Kita mesti mengautomasikan pemeriksaan vaksin dan sijil ujian sebelum trafik semakin meningkat.”

Teknologi berkenaan sudahpun wujud seperti yang dapat dilihat pada aplikasi Travel Pass milik IATA dan proses daftar masuk automatik yang digunakan syarikat penerbangan untuk mengesahkan identiti penumpang.

Tambah IATA, komponen pengesahan COVID-19 dapat mengelakkan keperluan untuk pemeriksaan manual, mengurangkan barisan menunggu dan mengelakkan dokumentasi palsu.

IATA mahu menggesa negara-negara yang akan menghadiri sidang kemuncak G7 pada 11 Jun ini untuk mengadaptasi satu protokol digital yang diiktiraf secara antarabangsa yang akan mempercepat keadaan apabila perjalanan antarabangsa disambung semula.

United Kingdom sebelum ini telah memberi amaran bahawa waktu menunggu di Lapangan Terbang Heathrow boleh mencecah hingga enam jam.

“Perkara ini tidak boleh ditunggu lagi,” kata Walsh. “Semakin ramai orang telah divaksin. Lebih banyak sempadan dibuka. Corak tempahan (penerbangan) memberitahu kita bahawa permintaan berada pada tahap yang sangat tinggi.

“Tetapi kerajaan dan pihak berkuasa bertindak secara asing dan bergerak terlalu perlahan. Permulaan semula (perjalanan antarabangsa) yang lancar masih boleh dicapai. Tetapi kerajaan harus memahami kepentingannya dan bertindak pantas.”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!