Turki Umum Tiada Keperluan Vaksin untuk Travel Musim Panas Di Sana

Type to search

Backpackerz Berita

Turki Umum Tiada Keperluan Vaksin untuk Travel Musim Panas Di Sana

Share
turki

Turki umumkan telah buat penangguhan penerbangan langsung dari United Kingdom.

Kerajaan Turki juga telah mengumumkan bahawa tidak ada sijil vaksinasi yang diperlukan untuk pelancong antarabangsa yang memasuki negara tersebut.

Buat masa ini, hanya keputusan ujian RTC yang perlu dikemukakan.

Untuk lebih meyakinkan pelancong datang ke Turki, keutamaan program vaksinasi telah dibuat untuk pekerja hotel dan kemudahan pelancongan lain untuk musim pelancongan yang akan datang.

Sebanyak 20,775,790 dos vaksinasi telah diberikan di Turki sehingga khamis lepas.

turki
Istanbul. Foto Pexels.
turki
Kopi Turki.

Di samping itu, pelancong yang berkunjung ke Turki ditawarkan pakej insurans khas, dengan hanya €15 (kira-kiraR RM75), yang meliputi perbelanjaan berkaitan COVID-19 seperti rawatan, ubat-ubatan dan kos rawatan kecemasan yang mungkin ditanggung sekiranya pelancong dibawa ke hospital swasta Turki atau semasa mereka tinggal di Turki.

Insurans Sokongan Penginapan COVID-19 juga menjamin untuk menampung perbelanjaan tambahan yang mungkin diperlukan semasa perjalanan, berikutan penerbitan laporan perubatan yang mengharuskan pelancong terus diawasi di hotel.

Dua setengah juta pelancong Britain mengunjungi Turki pada tahun 2019, dengan pengunjung tinggal di kawasan popular termasuk Istanbul, Bodrum, Dalaman dan Izmir.

[Sumber: Breaking Travel News]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!