UEM Edgenta Memberi Sumbangan Untuk Pemuliharaan );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

UEM Edgenta Memberi Sumbangan Kepada Zoo Negara, Taman Tugu Untuk Pemuliharaan Alam Sekitar

Share

UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menaja Zoo Negara untuk tahun kedua dengan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk mengukuhkan penjagaan alam sekitar.

Kenyataan daripada UEM Edgenta sumbangan tersebut adalah untuk kebajikan bekalan makanan dan penjagaan veterinar sepasang zirafah iaitu Mas Boy dan Mas Kira selama setahun.

BACA JUGA: Suami Isteri Ini ‘Rare’ Naik Motor Kapcai Dari Klang Travel Keliling Dunia

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta berkata sepasang zirafah angkat itu sihat dan aktif selama berada di bawah jagaan Zoo Negara.

Selain daripada menyumbang bekalan makanan kepada zirafah, UEM Edgenta juga meletakkan bangku di sekitar Zoo Negara untuk mengindahkan landskap dan memperbanyakkan kawasan rehat kepada pengunjung ketika melawat zoo.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata sokongan daripada UEM Edgenta memberi manfaat kepada kesejahteraan dan kesihatan kepada kedua-dua zirafah angkat ini.

‘Pihak kami juga mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan orang ramai untuk mengekalkan kemudahan dan sebagainya di zoo ini.’

[SUMBER: BERNAMA]

‘Kami berharap lebih ramai pengunjung yang melawat ke Zoo Negara kerana zoo memiliki lebih 3,749 spesimen terdiri daripada 254 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, invertebrata dan ikan,’ katanya.

UEM Edgenta juga bekerjasama dengan Taman Tugu dengan menjadikan Pokok Paya Mersawa di taman itu sebagai ‘pokok angkat’ untuk mempromosikan biodiversiti alam.

Pokok Paya Mersawa telah termasuk dalam Senarai Merah (terancam) Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (UICN).

Spesies pokok paya ini terdapat di kawasan dilindungi dan diancam daripada aktiviti pembalakan dan pembakaran yang melampau untuk sumber kayu asli.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!