UK Longgarkan Syarat Untuk Pelancong yang Lengkap 4 Jenis Vaksin Ini, Malaysia Antara 17 Negara Tersenarai );

Type to search

Backpackerz Berita

UK Longgarkan Syarat Untuk Pelancong yang Lengkap 4 Jenis Vaksin Ini, Malaysia Antara 17 Negara Tersenarai

Share
vaksin

Berita baik buat kaki travel! Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan kelonggaran besar bagi mereka yang sudah mendapat vaksin penuh COVID-19 untuk masuk dan keluar dari England.

Menerusi laman web rasminya menjelaskan peraturan perjalanan antarabangsa ke England yang sebelum ini dilabel mengikut sistem warna lampu isyarat – merah, kuning dan hijau kini ditukarkan menjadi satu bermula 4 Oktober ini.

BACA JUGA: United Kingdom Benarkan Majlis Perkahwinan Diadakan Pertama Kali Sejak COVID-19

Sistem baharu itu juga akan mempermudahkan pihak berkuasa mengenal pasti kemasukan pelancong dari seluruh dunia.

Malaysia termasuk dalam senarai 17 negara yang diiktiraf untuk masuk ke England.

Bagaimanapun penerima vaksin lengkap AstraZeneca, Pfizer, Modeerna atau Janssen dibenarkan masuk ke negara itu termasuk campuran dua dos mana-mana jenama itu.

Selain Malaysia, antara 17 negara dalam senarai itu termasuk Jepun, New Zealand dan Singapura.

Kesemua yang masuk ke negara itu juga tidak perlu melakukan ujian PCR sebelum berlepas.

Pengunjung hanya perlu menempah dan membayar ujian Covid-19 yang perlu dilakukan pada hari kedua selepas tiba di England selain melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Sementara itu, bagi yang gagal mengemukakan bukti sudah lengkap menerima vaksin perlu mengikuti peraturan sedia ada berhubung kemasukan tanpa vaksin.

Ujian yang perlu dilakukan termasuklah PCR sebelum berlepas, ujian Covid-19 pada hari kedua dan kelapan selain kuarantin kendiri selama 10 hari selepas ketibaan.

Semua pelancong juga diminta untuk mengisi borang pengesan diri dalam tempoh 48 jam sebelum tiba di UK.

Negara yang dimasukkan dalam senarai merah adalah Cuba, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Thailand dan Venezuela.

Pelancong dari negara senarai merah ini bagaimanapun perlu melalui peraturan perjalanan lebih ketat.

[Sumber: Astro Awani]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!