Serangan Varian Delta - Arab Saudi Henti Pergerakan Pelancong Ke 3 Buah Negara Ini );

Type to search

Backpackerz Berita

Serangan Varian Delta – Arab Saudi Henti Pergerakan Pelancong Ke 3 Buah Negara Ini

Share
arab

Tidak lama selepas dunia diserang wabak COVID-19, kini kita digemparkan lagi dengan berita penularan varian delta yang dikatakan berpunca dari negara India.

Arab Saudi yang semakin pulih daripada jangkitan kes COVID-19, kini dilapor menangguhkan penerbangan ke tiga buah negara iaitu Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Ethiopia bagi melindungi daripada varian delta tersebut.

Langkah itu dilakukan tujuh minggu selepas pihak kerajaan mengizinkan rakyatnya yang telah divaksin sepenuhnya untuk melakukan perjalanan ke luar negeri.

arab

Difahamkan lagi, warganegara Arab Saudi dan penduduk yang kembali dari negara-negara ini juga akan dikuarantin selama 14 hari.

Keputusan ini diambil kerana penyebaran virus baru jenis delta yang dikatakan berpunca dari negara India yang semakin meningkat secara global dan kini terdapat di lebih kurang 85 buah negara.

Setakat ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan pada minggu lalu bahawa, mereka telah merekodkan kes varian Delta dan kini telah menangguhkan segala penerbangan pelancong dari India.

arab

Belum pun reda lagi kes COVID-19, dah ada varian baru dilaporkan.

Nasihat penulis, jaga kesihatan anda masing-masing walau di mana juga anda berada kerana kita sedang berhadapan dengan musuh yang tidak dapat dilihat.

Kekalkan SOP dan stay safe ye semua!

 

Sumber: channelnewsasia

 

Baca: 2 Tahun Menetap Di Malaysia, Kini Content Creator ‘The Food Ranger’ Pindah Ke Dubai
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!