Virgin Galactic Buka Jualan Tiket Bagi Anda Yang Mahu Travel ke Angkasa Lepas, Harga Bermula RM 1.8 Juta );

Type to search

Backpackerz Berita

Virgin Galactic Buka Jualan Tiket Bagi Anda Yang Mahu Travel ke Angkasa Lepas, Harga Bermula RM 1.8 Juta

Share
virgin galactic

Syarikat penerbangan, Virgin Galactic mengumumkan pihaknya akan membuka semula jualan tiket penerbangan ke angkasa lepas pada September 2021 dengan harga bermula dari AS$450,000 (RM1.89 juta).

Sebelum ini, sebanyak 600 tiket terjual kepada pelanggan bermula harga dari AS$200,000 (RM843,638) hingga AS$250,000 (RM1.05 juta).

BACA: Berikutan Kejayaan ‘Virgin Galactic’, Richard Branson Rancang Bina Hotel Pelancongan Di Bulan 

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas Pengasas Virgin Galactic, Richard Branson berjaya mengembara ke angkasa lepas.

branson
Pada 11 Julai, Branson mengalahkan pemilik Blue Origin Jeff Bezos ke ruang angkasa dalam pertempuran antara jutawan. - Studio ETX.

Kejayaan itu menjadikan Branson menyaingi rakan jutawan, Jeff Bezos dalam perlumbaan untuk menjadi hartawan pertama mengembara ke angkasa lepas menerusi kapal angkasa yang dibangunkan oleh syarikatnya.

Virgin Galactic memaklumkan pihaknya menawarkan tiket bagi tempat duduk tunggal, tawaran pakej dan keseluruhan penerbangan.

Pada Jun lalu, syarikat tersebut mendapat kelulusan dari pengawal selia keselamatan penerbangan Amerikat Syarikat (AS) untuk membawa individu ke angkasa lepas.

Kapal angkasa lepas itu dijangka melancarkan penerbangan pada akhir bulan depan di New Mexico bersama dengan tentera udara Itali.

[Sumber: CNN Business]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!