Virus Selesema Burung Di Jepun Dikesan Di Ladang Ayam );

Type to search

Backpackerz Berita

Virus Selesema Burung Di Jepun Dikesan Di Ladang Ayam

Avatar
Share

Tidak habis lagi dengan penyebaran wabak Covid-19, malah kini penyebaran virus selesema burung mula merebak di negara Jepun dan ianya dikesan di kawasan ladang ayam.

Akibat virus tersebut, hampir puluhan ribu ayam telah mati dan ia meresahkan banyak pihak.

Menurut pihak berkuasa, strain virus H5 telah dikesan di ladang ayam wilayah barat Jepun dan ia masih belum disahkan sebagai jenis yang sangat patogenik.

Ayam, Burung, Hen, Unggas, Hewan, Ternak

Sumber dari Kyodo News juga menyatakan bahawa kes Tokushima telah menjadikannya sebagai tempat yang ke-12 penyebaran wabak tersebut untuk tahun ini.

Pihak berkuasa turut melarang sebarang proses pemindahan telur atau ayam dilakukan bagi mengurangi penyebaran wabak selesema burung berleluasa.

Bagi sesiapa yang ingin ke Jepun ketika ini, cubalah tanamkan dahulu niat untuk melancong ke sana.

Hal ini kerana kita tidak ingin perkara buruk terjadi kepada kita dan dengan peningkatan kes covid-19 ini menjadikan banyak perkara tergendala.

Jika ada sudah berada di sana, cuba elakkan tempat-tempat yang terdapat kes covid atau selesema burung yang agak tinggi dan elakkan memakan ayam pada ketika ini.

Jauhi dan amalkan segala kebersihan bagi menjamin keselamatan anda semasa berada di sana.

[Sumber: News Strait Time]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!