Washington DC Mansuh Pemakaian Pelitup Muka );

Type to search

Backpackerz Berita

Washington DC Mansuh Pemakaian Pelitup Muka Mulai 22 November

Share
Washington DC

Mulai Isnin, 22 November, Washington DC merancang untuk memansuhkan peraturan memakai pelitup muka di kawasan tertutup selepas kes penyebaran virus COVID-19 semakin menurun.

Kenyataan daripada Jabatan Kesihatan Bandar, pemakaian pelitup muka masih diperlukan dalam keadaan tertentu termasuk sekolah, perpustakaan, pengangkutan awam, kenderaan kongsi dan kemudahan kediaman berkumpulan seperti rumah jagaan, asrama dan penjara.

BACA JUGA: Lapangan Terbang Rome Bakal Sediakan ‘Teksi Terbang’ Buat Pelancong Menjelang 2024

Para peniaga masih boleh meminta pelanggan yang datang memakai pelitup muka jika perlu.

Pada Mei lalu, ibu negara tersebut sudah menarik semula keperluan memakai pelitup muka di kawasan tertutup bagi individu yang lengkap divaksin, tetapi arahan tersebut ditarik pada akhir Julai apabila kes jangkitan semakin menaik.

Datuk Bandar, Muriel Bowser sudah berulang kali mengingatkan keperluan pemakaian pelitup muka bergantung kepada jumlah kes dan peralihan keadaan.

Bagaimanapun, Washington DC masih kekal menjadi kawasan penularan mengikut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.

[Sumber: Awani]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!