Seluruh Dunia Dan WHO Harap COVID-19 Berakhir 2022 );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

WHO Harap COVID-19 Berakhir 2022

Share
covid-19

Bukan seluruh dunia sahaja mengharapkan pengakhiran COVID-19 secepat mungkin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berharap tahun 2022 pandemik ini akan berhenti.

Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Dr. Maria Kerkhove berkata, sekarang dunia mempunyai perlatan untuk menghentikan virus yang melanda daripada terus tersebar.

BACA JUGA: Staf Pusat Pelancongan Lemas Semasa Hendak Selamatkan Pelancong

‘Kita boleh menamatkan angka kematian disebabkan COVID-19 dan juga boleh mengurangkan penyebaran,’ katanya.

Menurut Kerkhove juga, kewujudan varian baru, Omicron akan mudah tersebar namun, ada alat untuk mengurangkan penyebaran tersebut.

‘Omicron mudah merebak dan mempunyai kelebihan pertumbuhan berbanding Delta di sesetengah negara.

‘Bagaimanapun, mengenai varian Omicron ia masih dalam ‘peringkat awal’, kata Kerkhove ketika menjawab soalan orang awam bersama Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Dr. Mike Ryan.

WHO memberitahu 77 buah negara telah melaporkan kes varian Omicron dan kebanyakan negara tetapi masih belum dapat dikesan.

[Sumber: Astro Awani]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!