Sepasang Zirafah Zoo Negara Jadi 'Haiwan Angkat' UEM Edgenta );

Type to search

Backpackerz Berita

Sepasang Zirafah Zoo Negara Jadi ‘Haiwan Angkat’ UEM Edgenta

Farhana Syahirah
Share

UEM Edgenta Bhd bekerjasama dengan Zoo Negara Malaysia untuk menaja sepasang zirafah sebagai haiwan angkat menerusi program ‘Adopt an Animal’ anjuran Zoo Negara.

Inisiatif tanggungjawab korporat ini untuk menyalurkan sumbangan kepada kebajikan tahunan zirafah tersebut, yang merangkumi penyediaan bekalan makanan dan penjagaan veterinar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Syahrunizam Samsudin berkata komitmen syarikat terhadap program ini selaras dengan matlamatnya untuk menyokong pihak berkepentingan utama seperti Zoo Negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, melalui aktiviti pembangunan komuniti yang positif dan berimpak tinggi.

“Kami amat berbangga dapat memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk sama-sama membantu Zoo Negara dengan menaja sepasang zirafah yang comel, dikenali sebagai ‘Mas Boy’ dan ‘Mas Kira’.

“Inisiatif ini dapat memperluaskan komitmen kami dalam usaha ke arah kelestarian serta mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara,” katanya dalam kenyataan.

Syahrunizam turut memuji pasukan Zoo Negara atas usaha cemerlang mereka sepanjang tahun yang mencabar ini dan berharap lebih banyak organisasi dan individu dapat tampil untuk membantu zoo bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan haiwan-haiwan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab menguruskan operasi harian di Zoo Negara, [email protected] Ahmat Lana mengucapkan terima kasih kepada UEM Edgenta dan mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan orang ramai sepanjang tempoh pandemik ini, dan sumbangan tersebut akan terus digunakan untuk menyediakan penjagaan yang sempurna kepada haiwan di zoo.

[Sumber: Bernama

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!