Berjaya Rekod 100 Hari Bebas Jangkitan Baharu, Rakyat New Zealand Mula Mengunjungi Pantai Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Berjaya Rekod 100 Hari Bebas Jangkitan Baharu, Rakyat New Zealand Mula Mengunjungi Pantai

Share
  • New Zealand berjaya bebas daripada jangkitan baru selepas mula mengenakan lockdown sejak Mac lalu.
  • Negara yang mempunyai populasi 5 juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa – mengunjungi bar & menonton perlawanan ragbi.
  • Perdana Menteri New Zealand umum bahawa rakyat Australia tidak dibenarkan melawat negara itu sehingga hujung tahun ini.

Benar, 100 hari adalah jangka masa yang panjang tetapi sebenarnya itu tidak mengurangkan sebarang risiko jangkitan.

Sudah tentu wabak itu akan terus meningkat, dan ia bermakna risiko juga akan terus berlanjutan. Bagaimanapun, ia masih merupakan penanda aras yang baik buat New Zealand. Tahniah! 

Ketika ini, negara yang mempunyai populasi 5 juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

New Zealand
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern

Orang ramai sudah mula mengunjungi bar, pantai dan restoran, malah ada menghadiri perlawanan ragbi di stadium seolah-olah wabak COVID-19 sudah tiada.

New Zealand berjaya bebas daripada jangkitan baru selepas mula mengenakan lock down sejak Mac lalu. Negara All Blacks ini berjaya menandai 100 hari bebas tanpa penularan kes tempatan.

Sejak pandemik melanda seantero dunia pada awal tahun ini, New Zealand dianggap antara negara contoh bagaimana menangani wabak COVID-19.

Dengan hanya mencatatkan 1219 jangkitan dan 22 kematian, langkah New Zealand menutup semua pintu sempadan dan perintah berkurung membuahkan hasil.

Foto - The Wall Street Journal
Hobbiton Movie Set, New Zealand

Namun, memetik peringatan dari Ketua Pengarah Kesihatan Dr Ashley Bloomfield, bahawa gelombang kedua yang melanda di negara lain perlu dijadikan pengajaran.

“The diseases can return at any moment without further notice”.

Ketika ini, negara jiran seperti Australia mencatatkan kes kematian tertinggi sejak wabak bermula dengan 17 orang mati di Victoria antara Sabtu (8 Ogos) dan Ahad (9 Ogos).

Victoria telah mencatatkan 394 kes baru COVID-19, termasuk 174 jangkitan dari sumber atau kluster yang masih tidak diketahui.

Victoria Australia/FOTO James Ross
New Zealand Prime Minister Jacinda Ardern/Image - PA

Kejayaan menangani serta meminimumkan risiko penularan jangkitan COVID-19 telah melonjakkan populariti Perdana Menteri New Zealand.

Satu tinjauan terkini dari Newshub telah menyenaraikan Jacinda Ardern sebagai pemimpin ‘Kiwi’ paling popular dalam tempoh masa seratus tahun.

Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran bahawa usahlah terlalu berpuas hati dan sentiasa patuhi standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Sumber – Ladbible.com


Teringin nak pergi floating market tapi masih PKPP? BackPackerz baru balik dari pasar terapung pertama di Malaysia pada Julai lalu – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!