Berjaya Tioman Resort Ditutup Selepas 50 Tahun Beroperasi - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Berjaya Tioman Resort Ditutup Selepas 50 Tahun Beroperasi

Share
  • Berjaya Tioman Resort merupakan sebahagian daripada portfolio yang dimiliki oleh Berjaya Land, anak syarikat Berjaya Corporation Berhad.
  • Berjaya Land mempunyai resort lain di Langkawi, Kuala Lumpur, Penang, Pulau Redang, Bukit Tinggi serta beberapa hotel di Asia & Eropah.
  • Keputusan menghentikan operasi telah diumumkan oleh pihak pengurusan resort melalui laman Facebook mereka pada 11 Jun lalu.

Berjaya Tioman Resort terletak di Kampung Tekek, salah satu daripada penginapan bertaraf empat bintang di sub-pulau Tioman, menawarkan 268 bilik dan suite.

Resort ini sudah beroperasi selama 50 tahun namun impak pandemik COVID-19 masih dirasai sehingga hari ini telah melumpuhkan segalanya buat seketika.

Penularan wabak tidak hanya meninggalkan jangkitan, malah ‘luka’ terhadap apabila beberapa pengusaha resort dan hotel terpaksa gulung tikar.

Berjaya Tioman Resort

Berjaya Tioman Resort akan ditutup sepenuhnya bermula hari ini (15 Jun) dan dijangka kembali dibuka selepas aktiviti pembangunan semula dilakukan.

Sepanjang penutupan ini, pihak pengurusan akan menjalankan pembangunan semula yang amat diperlukan bagi menghidupkan semula Berjaya Tioman Resort yang berusialebih daripada 50 tahun“, jelas Pengurusan Kanan resort.

Semua kakitangan resort akan diberhentikan dan pekerja yang terjejas akan diberi pampasan sewajarnya berjumlah lebih dari RM8 juta.

Aktiviti diving
Berjaya Tioman Resort
Sunset

Berjaya Tioman mengucapkan ribuan terima kasih ke atas kesungguhan kakitangan mereka untuk terus bersama ketika di waktu susah dan senang.

Tidak lupa juga sokongan anda semua yang pernah mengunjungi dan menginap di Resort ini. 

Sejak penularan wabak COVID-19, ‘nyawa’ industri pelancongan negara ibarat telur di hujung tanduk.

Kebanyakan hotel serta tempat tarikan pelancongan berdepan situasi kegawatan ekonomi yang cukup menyukarkan. Ramada Plaza, hotel ikonik di Melaka turut ditutup (Baca sini)

Sumber: New Strait Times

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!