Bilionaire Jepun Ini Nak Belanja 8 Orang Awam 'Melancong' Ke Bulan, Mudah Sahaja Nak 'Apply' );

Type to search

Backpackerz Berita

Bilionaire Jepun Ini Nak Belanja 8 Orang Awam ‘Melancong’ Ke Bulan, Mudah Sahaja Nak ‘Apply’

Share
Dear Moon Misi Ke Bulan

Pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki di bulan seperti seorang angkasawan? Mungkin inilah peluang anda untuk menjadikannya satu realiti!

Seorang billionaire Jepun, Yusaku Maezawa, ingin membawa 8 orang awam untuk bersamanya dalam misi SpaceX ke bulan yang akan berlepas pada 2023.

Misi yang dipanggil Dear Moon itu akan ditaja sepenuhnya oleh taikun fesyen itu dan penyertaan terbuka kepada semua warganegara.

Beliau pada mulanya membuka penyertaan kepada golongan artis termasuk penyanyi, penari, pelukis dan lain-lain pekerjaan yang melibatkan industri kreatif.

“Saya mula berfikir, setiap orang yang melakukan sesuatu yang kreatif dalam hidupnya, bukankah mereka adalah artis?

“Disebabkan itu, saya mahu jemputan ini untuk menjangkau komuniti yang lebih luas dan memberi peluang kepada lebih banyak orang dari seluruh dunia untuk menyertai perjalanan ini. Sekiranya anda melihat diri anda sebagai seorang artis, maka anda adalah seorang artis,” katanya.

Pendaftaran akan dibuka sehingga 14 Mac di dearmoon.earth. Seterusnya pemeriksaan awal akan dilakukan sehingga 21 Mac, diikuti dengan “assignment”, temu duga dalam talian dan satu lagi temu duga terakhir bersama dengan pemeriksaan perubatan pada bulan Mei 2021.

“Saya telah membeli semua tempat duduk, jadi ini adalah perjalanan persendirian,” tambahnya.

Misi enam hari itu dijangka menghabiskan tiga hari untuk tiba ke destinasinya dan melakukan perjalanan mengelilingi bulan sebelum pulang ke bumi.

Pelan penerbangan penerbangan adalah seperti di bawah.

Terdapat dua kritirea utama dalam pemilihan krew; pertama, mereka harus memajukan diri dalam apa jua yang mereka ceburi untuk membantu orang lain dan masyarakat. Kedua, mereka juga haruslah mampu memberi sokongan kepada anak kapal lain yang “mempunyai potensi dan visi yang sama”.

Misi Dear Moon akan menggunakan roket Starship SpaceX, yang kini masih dalam peringkat awal pembangunan di fasiliti ujian syarikat tersebut di South Texas. Walaupun beberapa prototaip awal telah melakukan “hop test” yang singkat, dan ada yang telah terbang beberapa batu di atas Bumi, prototaip skala penuh masih belum dibangunkan lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk dalam satu temubual bahawa beliau menjangkakan Starship akan melakukan penerbangan tetap pada tahun 2023, walaupun tidak jelas apakah SpaceX akan berjaya mencapai tarikh yang ditetapkan.

Sekiranya misi itu berjaya, misi Dear Moon akan menjadi kumpulan orang awam pertama yang menjelajah di luar orbit rendah bumi.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!