Blogger Ini Kongsi Pengalaman Fenomena 24 Jam Polar Night );

Type to search

Adventure Backpackerz

Blogger Kongsi Pengalaman 24 Jam Polar Night Di Lingkaran Artik

Share
polar night

Sebahagian menganggap, lockdown menjadikan kita kesunyian. Tetapi di mata pihak lain, ini adalah peluang keemasan untuk mereka mencari kesunyian itu. 

Bagi seorang blogger dan pemandu pelancong dari wilayah utara Italy ini tidak menolak rezeki tawaran untuk menjalankan sebuah wisma yang terletak di Lingkaran Artik.

Dengan memilih untuk pergi ke Utara Norway, dia sedar perjalanan itu bukan mudah buat dirinya. Sudahlah bahagian utara bumi ketika itu mengalami fenomena 24-hour Polar night.

Apa maksud 24-hour Polar night?

Polar night merupakan keadaan di mana waktu malam berlangsung selama 24 jam selama lebih kurang 30 hari. Bayangkan wanita ini pergi ke suatu tempat yang asing semasa pandemik sedang melanda, bangun tidur pun masih malam walaupun sebenarnya siang hari. Macam mana entah…

polar night
Sumber: Valentina Miozzo/ViaggiareLibera

Memandangkan perasaan ingin tahu tentang keadaan yang belum pernah dia pergi semakin membuak-buak, Valentina Miozzo membiarkan perjalanannya ke Kongsfjord, Norway tanpa sebarang harapan. Namun, dia sudah sedia maklum tentang kawasan yang ingin dituju merupakan tempat yang terpencil.

Kongsfjord, hanya mempunyai 28 penduduk dan tidak mempunyai sebarang seni bina abad pertengahan. Jarak pasar raya kira-kira 40 kilometer, manakala hospital terdekat pula lebih kurang 200 batu, dan lapangan terbang tempatan sejauh 25 batu.

polar night
Sumber: Valentina Miozzo/ViaggiareLibera

Malam yang gelap dan kelam

“Setibanya saya di Kongsfjord, polar night pun berlaku.”

Bagaimanapun, dia tidak terganggu dengan kegelapan 24/7.

“Ini adalah pengalaman yang luar biasa, hidup dua bulan sepenuhnya dalam kegelapan. Ia tidak mengganggu – sebenarnya, lebih sukar untuk hidup dengan cahaya.”

Ya, cahaya matahari 24/7. Dari pertengahan Mei hingga pertengahan Julai, Kongsfjord dimandikan di tengah malam.

“Tidak ada matahari terbenam selama dua bulan, dan tubuh tidak menerima bahawa itu adalah waktu malam menyebabkan sukar untuk tidur,” katanya.

“Nampak seperti susah tetapi sebenarnya itu adalah cara hidup yang indah.”

Malah, dia mengatakan bahawa musim yang sangat teruk mengajarnya sesuatu yang sangat penting.

“Ketika saya pergi ke negara-negara panas, anda mengambil tenaga dari luar, dari orang lain, dari iklim, atmosfera. Anda berinteraksi dengan orang lain, dan ada matahari. Kalau berada di tempat seperti ini, yang terpencil, apa yang anda belajar adalah mencari tenaga dalam diri anda. Dan ini adalah penemuan yang luar biasa,” tambah Miozzo.

polar night
Sumber: Valentina Miozzo/ViaggiareLibera
polar night
Sumber: Valentina Miozzo/ViaggiareLibera
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!