Puncak Bukit Merah Jerantut Seperti Berada Di Alam Fantasi );

Type to search

Backpackerz Insider

Puncak Bukit Merah Seperti Berada Di Alam Fantasi

Share

Kepada peminat sukan ekstrem atau hikers, boleh cuba mendaki Bukit Buloh atau Bukit Merah yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang.

Pokok merah atau nama saintifiknya Eugenia Cerina Hend memenuhi puncak bukit yang menjadikan kawasan tersebut sangat unik seperti berada di alam fantasi.

Sebelum sampai ke puncak setinggi 371 meter, pengunjung perlu mendaki curam dan batu-batu. Perjalanan untuk menawan bukit tersebut mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam.

Titik mula ke Bukit Merah dikelilingi dengan pokok kelapa sawit dan jalan berbatu semakin jauh perjalanan, semakin mencabar kemampuan pendaki.

Bukit Merah ini ditemui oleh penduduk tempatan pada tahun 2018 dan menjadi bualan ramai terutama pada penduduk daerah Jerantut.

Lokasi Bukit Merah adalah kawasan strategik yang menjadi laluan Taman Negara Kuala Tahan, pengunjung dari luar negara seperti China dan Jepun juga berkunjung untuk melihat keindahan pokok yang luar biasa ini.

Pengunjung dari luar negara terhenti seketika kerana virus COVID-19 sejak Mac lalu tetapi penduduk dalam daerah masih ramai walaupun bilangan pendaki terhad mengikut perintah kawalan pergerakan.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!