'Bus To Singapore' Tawar Pengembaraan India-Singapura Rentasi Negara Asia Tenggara Selama 20 Hari

Type to search

Backpackerz Insider

‘Bus To Singapore’ Tawar Pengembaraan India-Singapura Rentasi Negara Asia Tenggara Selama 20 Hari

Share
Bus To Singapore

Sebuah syarikat pengendali pelancongan dari India, Adventures Overland, menawarkan pengalaman 20 hari perjalanan dari India ke Singapura dengan bas merentasi 5 buah negara.

Perjalanan yang dipanggil ‘Bus To Singapore‘ itu bermula dari Imphal, di timur India dan mengembara sejauh 4500 kilometer merentasi Myanmar, Thailand dan Malaysia, sebelum tiba di destinasi terakhir di Singapura.

“Kami sangat teruja memperkenalkan perkhidmatan bas pertama dari India ke Singapura dengan perjalanan yang sangat selesa dan mewah,” kata pengasas bersama Adventures Overland, Sanjay Madan

“Kesemua laluan telah dinilai kerana kami telah mengembara sendiri dari India ke Singapura. Oleh itu, para peserta Bus To Singapore boleh mengembara dengan yakin dan perasaan selamat,” tambahnya.

Bus To Singapore akan memulakan perjalanan sulungnya pada 14 November 2021. Antara ‘pit stop’ yang termasuk dalam destinasinya adalah:

  • Myanmar: Kale, Bagan, Naypyidaw, Yangon, dan Kyaikto
  • Thailand: Tak, Bangkok, Chumphon, dan Krabi
  • Malaysia: Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Kuala Lumpur termasuk Batu Caves.
Yangon, Myanmar
Krabi, Thailand

Bas tersebut akan sampai ke Singapura pada 3 Disember, dan kumpulan lain akan menaiki bas tersebut kembali ke India melalui laluan sama.

Bas yang boleh memuatkan 20 penumpang itu dilengkapi dengan tempat duduk ala-ala business class. Ia turut dilengkapi dengan pengecas telefon, Wi-Fi, sistem hiburan individu, dan pantri mini dengan peti sejuk, minuman, dan makanan ringan.

Harga yang ditawarkan pula bukanlah murah iaitu 625,000 rupee (kira-kira RM35,000), tetapi kesemua caj – hotel, makan (sarapan setiap hari, 15 kali makan tengah hari,16 kali makan malam, serta snek), pemandu pelancong di setiap destinasi, tiket masuk ke setiap tarikan, visa, dan airport transfer di India – sudah termasuk dalam harga pakej.

Destinasi-destinasi Bus To Singapore [Foto: Bus To Singapore]

“Setiap laluan Bus To Singapore di kesemua negara telah diperiksa bagi memastikan perjalanan yang lancar,” tambah pengasas bersama, Tushar Agarwal.

“Kami bertanggungjawab ke atas dokumentasi, kertas kerja, visa, dan permit untuk memastikan seluruh fokus peserta adalah pada menikmati perjalanan mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!