The Dreamliner Airways Cafe Hilangkan Makan Dalam Pesawat );

Type to search

Backpackerz Insider Makan-Makan

The Dreamliner Airways Cafe Hilangkan Rindu Makan Dalam Pesawat

Ain Huda
Share

Terasa rindu nak naik kapal terbang dan jalan-jalan. Ada tak yang rindu nak makan dalam kapal terbang?

Kunjungi The Dreamliner Airways Cafe untuk hilangkan rasa rindu nak makan dalam kapal terbang bila-bila masa. Kafe ini yang menggunakan bangunan rumah kedai tapi hiasan dalaman yang kreatif direka sama macam dalam sebuah kapal terbang, lagi best ada tingkap yang menampakkan awan biru.

Kafe yang terletak di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru ini berjaya menarik perhatian pengunjung dengan menu yang pelbagai jenis seperti makanan Barat, Korea, Melayu, dessert dan set kanak-kanak yang masih bercirikan kapal terbang.

Pekerja di kafe tersebut turut memakai uniform seperti kabin krew dan juruterbang untuk menambah ‘rasa’ seperti dalam kapal terbang

The Dreamliner Airways Cafe sesuai untuk menyambut majlis kecil seperti hari jadi, makan bersama keluarga dan makan romantik bersama pasangan.

Walaupun tidak dapat terbang tinggi dan makan di awan biru, anda masih berpeluang rasa menikmati hidangan ala-ala dalam kapal terbang di Dreamliner Airways Cafe yang menyediakan tempat duduk kelas ekonomi dan perniagaan. Paling penting, harga di kafe ini berpatutan. Jom!

Anda boleh lihat Facebook The Dreamliner Airways Cafe.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!