Cara Tangani Mabuk Kereta Verst Backpackerz );

Type to search

Cara Tangani Mabuk Kereta

Backpackerz Adventure

Cara Tangani Mabuk Kereta

Share

Mabuk kereta adalah satu benda yang paling tidak diingini berlaku jika hendak berjalan ke destinasi yang jauh.

Kita akan merasa mual, pening-pening, loya dan muntah sehingga terpaksa berhenti di tepi jalan dan berehat sebentar.

Dan selalunya mereka yang mengalami mabuk kereta adalah penumpang terutamanya penumpang di belakang.

Ini antara tips yang boleh digunakan untuk anda mengatasi masalah mabuk kereta:

1. Buka Tingkap

Buka tingkap anda seluasnya untuk mendapatkan udara luar. Dengan melakukan perkara tersebut anda akan lebih segar kerana fikiran anda tenang setelah mendapat udara yang segar.

2. Jangan membaca

Pastikan anda tidak membaca buku ataupun menghadap gajet kerana sinaran dari gajet tersebut boleh membuat anda bertambah pusing. Membaca sebarang buku juga boleh membuat anda berpinar kerana anda terpaksa fokus kepada dua benda iaitu fokus membaca dan adaptasi keadaan di dalam kereta.

3. Jangan Biarkan Perut Kosong

Perut yang kosong ketika berjalan jauh amat bahaya kerana sistem perut kita tidak boleh berjalan atau tiada kerja. Jadi isi perut anda dengan makanan yang sesuai dan tidak terlalu berat asalkan perut anda boleh mencerna dan bekerja. Jadi anda tidak merasa terlalu lemah dan tidak akan muntah dengan kerap.

4. Halia Atau Benda Masam

Halia merupakan ubat yang paling mujarab melawan mabuk atau mual. Setidaknya ia boleh melegakan ketidakselesaan pada perut anda. Gunakan manisan atau minuman yang mengandungi halia di dalamnya.

Makan atau minum benda yang masam seperti air oren dan pastikannya ia tidak bergas, asam ataupun sesuatu yang boleh membuat anda hilang fokus terhadap mual anda.

Orange, Citrus Fruit, Fruit, Healthy

5. Ubat

Jika tiada yang berkesan anda boleh dapatkan ubat “travel pil” di farmasi berdekatan. Ini kerana sistem manusia itu berlainan dan tidak semua tips di atas berfungsi atau berkesan dengan semua manusia. Anda boleh mendapatkan nasihat farmasi mengenai apa yang sesuai untuk anda.

Diharapakan tips dan cara yang kami beri sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin berjalan jauh tetapi mudah mual dan tiada jalan penyelesaiannya.

Sumber: Funtastiko, Rileklah.com

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!