Cari 'Duit Tepi', Singapore Airlines Tawarkan Pengalaman Makan Di 'Restoran Airbus' - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Cari ‘Duit Tepi’, Singapore Airlines Tawarkan Pengalaman Makan Di ‘Restoran Airbus’

Avatar
Share

Impak daripada COVID-19, banyak perusahaan dan perniagaan mula gulung tikar akibat tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Antara industri yang amat terkesan akibat pandemik tersebut pastinya industri penerbangan yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan banyak negara.

Namun, pemain industri kini sudah mula memikirkan alternatif lain sebagai ‘wang tepi’ sementara menunggu keadaan kembali pulih seperti biasa.

Singapore Airlines tidak terkecuali apabila kini beralih kepada perusahaan restoran.

Syarikat penerbangan itu menukar dua buah pesawat Airbus A380 miliknya menjadi restoran, membolehkan pengunjung melepaskan rindu makan di atas kapal terbang.

Walaupun kedengaran pelik, tiket untuk makan di restoran Airbus tersebut habis dijual hanya dalam masa 30 minit selepas tempahan dibuka!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Singapore Airlines, hanya separuh daripada kesemua tempat duduk dalam pesawat digunakan, sebagai mematuhi garis panduan penjarakan sosial.

[Gambar: Nuria Ling/TODAY]

Harga yang ditawarkan adalah bermula daripada 53 dolar Singapura (RM162) bagi kelas ekonomi, 96 dolar Singapura (RM292) bagi kelas ekonomi premium, 321 dolar Singapura (RM978) bagi kelas bisnes dan 642 dolar Singapura (RM1957) bagi kelas pertama.

Pelanggan juga boleh membayar menggunakan frequent-flyer miles.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang untuk menjelajah pesawat dua tingkat itu dan merakamkan gambar kenangan bersama juruterbang di dalam kokpit.

Akibat sambutan yang amat memberangsangkan, Singapore Airlines berkata pihaknya akan menambah lagi sesi makan di restoran Airbus itu pada 31 Oktober dan 1 November selepas sesi 24 dan 25 Oktober lalu ‘full house‘.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!