Cathay Pacific Tawar Insurans Covid-19 Percuma Untuk Semua Penumpang - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Cathay Pacific Tawar Insurans Covid-19 Percuma Untuk Semua Penumpang

Avatar
Share
Cathay Pacific

Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific bekerjasama dengan AXA General Insurance Hong Kong Limited bagi menyediakan insurans Covid-19 kepada semua penumpangnya.

Penumpang Cathay Pacific akan dilindungi untuk perbelanjaan perubatan yang berkaitan dengan diagnosis Covid-19 yang berlaku semasa berada di luar negara sehingga 28 Februari 2021.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Semua penumpang layak mendapatkan perlindungan ini apabila mereka melakukan tempahan.

Perlindungan adalah termasuk:

  • Perubatan dan kemasukan ke hospital – ujian PCR penumpang Covid-19 dan kemasukan ke hospital, jika perlu sehingga US$200,000.
  • Kos kuarantin – penumpang akan mendapat elaun sebanyak US$100 setiap hari bagi setiap penumpang sehingga 14 hari bagi membantu perbelanjaan dalam tempoh kuarantin.
  • Pemindahan dan pemulangan – Cathay Pacific akan memastikan bahawa penumpang yang terjejas, serta teman perjalanan dan anak-anak mereka pulang ke rumah.

Pelanggan akan dilindungi selama 30 hari bermula dari tarikh mereka berangkat, atau sehingga mereka pulang ke rumah, yang mana tiba dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan Covid-19 Cathay Pacific, pelanggan boleh merujuk ke laman web mereka.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!