China Wajibkan Ujian Calitan Dubur Covid-19 Kepada Warga Asing Yang Tiba Di Negara Itu

Type to search

Backpackerz Berita

China Wajibkan Ujian Calitan Dubur Covid-19 Kepada Warga Asing Yang Tiba Di Negara Itu

Share
Ujian Covid-19

Walaupun menerima banyak kritikan, China tetap mewajibkan ujian  COVID-19 melalui dubur bagi warga asing yang tiba di negara itu.

Selaras dengan syarat baru, pusat ujian akan didirikan di lapangan terbang Beijing dan Shanghai. Kerajaan China berpendapat bahawa ujian melalui dubur memberikan tahap ketepatan yang lebih tinggi daripada kaedah calitan hidung yang sedia ada.

Bagi ujian tersebut, batang kapas dimasukkan sehingga 3-5 sentimeter ke dalam dubur sebelum diputar dan kemudian dikeluarkan.

China mendakwa ia adalah cara yang lebih berkesan untuk mengesan virus Covid-19, tetapi ramai yang mengkritik mengatakan bahawa ia telah menyebabkan ‘tekanan psikologi’ terhadap mereka yang melalui ujian tersebut.

Ujian yang sebelumnya digunakan sebelum di daerah-daerah di China yang mengalami peningkatan kini telah diperluas ke lapangan terbang, termasuk di Beijing dan Shanghai.

Kerajaan Jepun secara rasmi telah meminta China untuk mengecualikan warganya dari ujian tersebut, mengatakan bahawa mereka menerima beberapa aduan “tekanan psikologi.”

Selain itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat bulan lalu mengatakan pihaknya telah melakukan protes terhadap kerajaan China setelah beberapa diplomatnya terpaksa menjalani ujian calitan dubur, walaupun kerajaan China menafikannya.

Media negara China mengakui bahawa beberapa kedatangan ke bandar-bandar di negara itu termasuk Beijing dan Shanghai diwajibkan untuk menjalani ujian tersebut, walaupun laporan tersebut ada menyebut syaratnya mungkin berbeza-beza bergantung kepada tahap risiko setiap orang.

Pakar China mengatakan bahawa jejak virus Covid-19 dapat bertahan lebih lama di dubur daripada di dalam saluran pernafasan.

Sumber: NY Times
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!