);

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

COVID-19: Acara Pertunjukkan Tahunan, Macao International Fireworks Contest Terpaksa Dibatalkan

Share
  • Macao terkenal dengan tarikan monumen bersejarah & Instagram-worth sports.
  • Hac Sa Reservoir Country Park, destinasi ekopelancongan yang sesuai untuk percutian keluarga di Macao.
  • Macao terkenal dengan acara pelancongan tahunan seperti Macao Light Festival, Macao International Music Festival & Macao Grand Prix.

Kunjungan team BackPackerz ke Macao pada Oktober tahun lalu masih segar dalam ingatan.

Meskipun Macao sebuah negara yang berskala kecil dan cukup kompak, namun luas pemandangan serta pengalaman percutian cukup menyeronokkan.

Gabungan budaya China, Asia dan Barat menjadi keunikkan yang meletakkan destinasi Macao cukup berbeza dengan negara jirannya, Hong Kong.

View dari dalam Macao Cruise

Disebabkan penyebaran virus Covid-19 yang melumpuhkan industri pelancongan global, Macao turut terkesan.

Selepas pertimbangan serta penilaian yang teliti, Macao Government Tourism Office (MGTO) mengumumkan pembatalan acara 31st Macao International Fireworks Display Contest.

Setiap tahun sudah menjadi tradisi acara itu menghimpunkan pasukan bunga api dari seluruh dunia untuk mempersembahkan pertunjukkan yang luar biasa.

Macao International Fireworks dijadualkan akan berlangsung pada September & Oktober ini

MGTO telah memutuskan untuk membatalkan beberapa acara tumpuan termasuk Student Drawing Contest, Photo Contest dan Fireworks Carnival.

Ia termasuk penangguhan susunan acara pada suku ketiga dan keempat tahun ini antaranya 8th Macao International Travel Expo.

Macao Light Festival yang dijadualkan setiap bulan Disember akan dipinda ke tarikh yang lebih awal antara September dan Oktober, bertujuan merangsang semula sektor pelancongan.

Sama-sama kita berdoa agar pandemik ini terus mencatatkan penurunan kes jangkitan serta kematian agar industri pelancongan dunia dapat bernafas semula.

Foto - MGTO

Selepas pasca Covid-19, ayuh teroka sisi berbeza Macao bersama Team BackPackerz dengan itinerari menarik ini! Macao menawarkan destinasi pelancongan dan tarikan percuma.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!