COVID-19: Industri Pelancongan Negara Rugi RM45 Bilion - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

COVID-19: Industri Pelancongan Negara Rugi RM45 Bilion

Share
  • Anggaran kerugian merangkumi sektor pelancongan & kebudayaan negara
  • Kerugian melibatkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020.
  • Geran padanan Galakan Melancong Malaysia diperluas meliputi aktiviti promosi & pemasaran.

Tidak dapat disangkal, pelancongan antara sektor paling terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

Bukan hanya di Malaysia, wabak ini telah merebak ke 213 negara dan wilayah di seluruh dunia. Setakat pagi ini, sebanyak 10, 409,239 kes yang disahkan COVID-19. (Sumber: Worldometers)

Malaysia sekarang sudah boleh menarik nafas lega dan panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT atas kemenangan hari ini.

Cuti Cuti Malaysia
Bukit Larut, Taiping #CutiCutiMalaysia

‘Pak Long’ mengatakan bahawa Malaysia telah diakui sebagai antara lima negara di dunia yang berjaya mengawal penularan COVID-19.

Ingat, perjuangan masih diteruskan. Walaupun kita belum menang sepenuhnya, kita tidak akan kalah lagi.

Kini tiba masanya kita sebagai ‘frontliner’ baru perlu bantu rawat semula sektor pelancongan negara yang terjejas teruk.

‘Abah’ juga telah membenarkan aktiviti pelancongan domestik dan tiada lagi sekatan rentas negeri.

Penulis akan komited menggalakkan lebih ramai pembaca dan pengikut BackPackerz melancong dalam negara. Kita pacu semula industri pelancongan domestik yang ‘luka parah’ ini.

Travel Bubble
Taman Negara Pahang

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan sektor pelancongan dan kebudayaan mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama (2020).

Tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan seperti penginapan, rekreasi, makanan dan minuman, seni dan hiburan antara yang paling teruk terjejas.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata Tourism Malaysia akan memperkukuh inisiatif kempen Cuti-Cuti Malaysia, merancakkan aktiviti promosi selain bekerjasama dengan syarikat korporat dan pempengaruh (influencer).

Astro Awani
Datuk Seri Nancy Shukri/Foto - Astro Awani

MOTAC turut memperkenalkan Dana Khas bagi Pelancongan  atau SFT yang menyokong pembangunan usahawan kecil dan sederhana (SME) menerusi pinjaman mudah antara RM50 ribu dan RM10 juta.

Dana ini dikendalikan oleh SME Bank dan bergantung kepada potensi projek yang dicadangkan. 

Siapa inginkan percutian ekopelancongan dan agro di Kota Bharu, boleh cuba menginap di Cerana Villa Resort.

Sumber: Astro Awani 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!