COVID-19: 'Lockdown' Beri Peluang Sekumpulan Dugong Muncul di Pantai Selatan Thailand Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asia Pilihan Editor

COVID-19: ‘Lockdown’ Beri Peluang Sekumpulan Dugong Muncul di Pantai Selatan Thailand

Share
  • Perairan selatan Thailand pernah menjadi habitat kepada kira-kira 250 ekor dugong.
  • Tahun lalu, tular dugong kesayangan orang awam ‘Mariam’ mati akibat jangkitan & cebisan plastik yang tersumbat di perutnya.
  • Aktivis di Thailand mendesak mengenai keperluan Thailand untuk menangani isu pencemaran plastik di perairan.

Thailand terkenal dengan tarikan pelancongan laut dan pantai yang menjadi pilihan pelancong Asia serta Eropah.

Namun, pendebatan awam mengatakan bahawa Thailand antara negara yang tidak selamat untuk penempatan hidupan marin.

Ia disebabkan sisa buangan plastik yang menyekat kehidupan laut dan pencemaran air dari lalu lintas kapal serta bot pelancong; menyumbang kerosakkan habitat.

Bayi dugong yang diselamatkan, Mariam. Sumber (Sinar Harian)
Maya Bay, Thailand

Disebalik pandemik COVID-19 yang menghentikan pelancongan, ada hikmah yang memberi manfaatkan kepada spesis mamalia terancam seperti dugong.

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan sekumpulan dugong yang sedang berenang di perairan selatan Thailand.

Video berdurasi 59 saat itu dirakam oleh Marine National Park Thailand, kelihatan kira-kira 30 dugong berenang bebas di pesisir Pantai Libong di Wilayah Trang.

Susulan sekatan perjalanan dan perintah kekal di rumah, ia merencatkan aktiviti pelancongan seluruh dunia termasuk kawasan pesisir pantai.

Kemunculan dugong di perairan Thailand disifatkan luar biasa memandangkan haiwan mamalia itu semakin terancam.

Foto - Thailand National Marine Park Operation Center
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!