COVID-19: Pulau Pinang Dijangka Catat Pemulihan Pelancongan Keluk 'V' Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

COVID-19: Pulau Pinang Dijangka Catat Pemulihan Pelancongan Keluk ‘V’

Share

Kerajaan Pulau Pinang percaya sektor pelancongan di negeri itu akan menyaksikan pemulihan dalam keluk berbentuk ‘V’ (pemulihan yang cepat dan berterusan) selepas berakhirnya pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan serta Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada penemuan vaksin serta jaminan keselamatan untuk orang ramai melancong.


Walaupun penularan COVID-19 menyekat pergerakan masyarakat, masih ramai yang berharap dapat melancong apabila pandemik berakhir, katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjejaskan sektor pelancongan domestik Pulau Pinang kerana kebanyakan pelancong tempatan yang mengunjungi negeri itu datang dari Lembah Klang yang kini sedang PKPB.


Mengulas perkembangan lain, Yeoh berkata kerajaan negeri akan terus mengembangkan industri kreatif bagi penambahbaikan ekonomi Pulau Pinang selain mengekalkannya sebagai identiti unik negeri itu.

“Pelancongan adalah satu cara terbaik untuk membantu mempromosikan seni kreatif di Pulau Pinang dan sebagai balasannya, seni kreatif akan membantu menjana pendapatan kepada negeri dan juga artis,” tambahnya.

Terdahulu, Yeoh bersama Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) Ashwin Gunasekeran melawat bengkel pembuatan Batek-Lah Collection di Pusat Inkubator Kraf Balik Pulau.

[Sumber: Bernama]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!