COVID-19: Thailand Mula Langkah Menerima Pelancong Luar Negara Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

COVID-19: Thailand Mula Langkah Menerima Pelancong Luar Negara

Share

Thailand memulakan langkah kecil menerima pengunjung dari Shanghai, China setelah tidak membenarkan pelancong asing melawat di negara tersebut sejak tujuh bulan lalu.

39 pelancong tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok yang menyertai program ‘Visa Pelancong Khas’ di bawah kuasaan Thailand. Program ini bertujuan untuk mengembalikan sektor pelancongan Thailand secara beransur-ansur.

Pemilik visa juga mempunyai polisi insurans khas dan menjalani ujian kesihatan COVID-19 sebelum berlepas.

Pelancong yang tiba menginap di pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan negara selama 14 hari dan menjalani saringan kesihatan sepanjang berada di Thailand.

Setiap pelancong mesti memuat turun aplikasi pengesan COVID-19 rasmi sepanjang bercuti.

Walau bagaimanapun, pelancongan tidak dibenarkan melawat ke seluruh negara, visa yang dimiliki mempunyai syarat yang ketat dan wajib dipatuhi.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!