COVID-19: Ustaz Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah Menggunakan Kargo Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

COVID-19: Ustaz Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah Menggunakan Kargo

Share

Risau dengan keadaan di Sabah, Ustaz Ebit Lew menghantar bantuan perubatan, pelitup muka dan Personal Protective Equipment (PPE) kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras menangani virus COVID-19.

Daripada akaun Instagramnya, beliau menggunakan Raya Airways Kargo untuk menghantar bantuan ke Sabah hari ini.

Menurut Ustaz Ebit Lew, ramai yang menghantar pesanan meminta bantuan ke Negeri di Bawah Bayu itu kerana tidak mempunyai kelengkapan perubatan secukupnya.

Selain set PPE, beliau juga menyumbangkan cermin mata perubatan dan pelindung kasut untuk kakitangan hospital dan klinik.

Membaca komen di Instagram Ustaz Ebit Lew, ramai yang bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang tidak pernah putus daripada beliau.

Sebelum itu, beliau juga memberi sumbangan kepada pemandu teksi di Lapangan Terbang KLIA yang juga terjejas dengan penularan virus ini. Beliau memberi sumbangan barangan dapur untuk 300 orang.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!