Culvert View, Tarikan Terbaru & 'Instagram-worth Spots' di Kundasang, Sabah! - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Stay In Visit Malaysia 2020

Culvert View, Tarikan Terbaru & ‘Instagram-worth Spots’ di Kundasang, Sabah!

Share
  • Boleh bergambar & menginap di Culvert View, Kundasang.
  • Pengunjung luar boleh walk-in & bayaran masuk RM10 untuk dewasa & RM6 untuk kanak-kanak, percuma air.
  • Sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun travel buddy jika inginkan kelainan pengalaman semasa berkunjung ke Kundasang.

Sebut sahaja Kundasanag, pasti korang terbayangkan keindahan pemandangannya berlatarbelakang Gunung Kinabalu. Selain hirupan udara segar, suhu sejuk mencecah 16 hingga 21 darjah selsius membuatkan percutian korang di Kundasang lebih menyeronokkan, ala-ala feeling New Zealand tapi hanya Sabah bah!

Mungkin destinasi yang sinonim bila sebut Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm, semua pengunjung wajib berkunjung ke sini untuk merasai susu segar, aiskrim gelato, yogurt dan cheese dimana pembuatannya segar dari ladang.

Kundasang, Sabah
Kundasang, aku rindu pada mu

Buat pengetahuan korang, selain Ladang Tenusu Desa, Taman Negara dan lanskap indah Gunung Kinabalu, Kudansang ada tarikan terbaru iaitu Culvert View!

Culvert View ini adalah destinasi percutian bertemakan Culvert yang baru dibuka pada Ogos 2019. Pengunjung boleh walk-in untuk masuk bergambar untuk Instagram dan percuma food & beverages yang ditawarkan di situ. Dewasa RM10 dan kanak-kanak RM6. Kanak-kanak bawah 4 tahun masuk percuma.

Terdapat pilihan air ais kopi, teh susu, teh hijau dan aiskrim untuk pengunjung. Waktu buka untuk pengunjung luar dari jam 10 pagi hingga 3 petang sahaja, selepas tempoh itu hanya tetamu yang menginap sahaja dibenarkan.

Pemandangan di Culvert View. Foto - Js artwork photography
Instagram-worth spots! Foto - Js artwork photography

Selain itu, Culvert View menawarkan penginapan homestay dengan konsep Rainbow Culvert Chalets berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang ikonik. Jadi pengunjung boleh menginap di sini sambil menjamu mata dengan pemandangan menakjubkan dan dikelilingi alam semulajadi.

Culvert View & Chalets menawarkan kemudahan seperti kawasan untuk steamboat & BBQ, bilik dengan king size bed & mattress, water heater, kipas berdiri, mini LCD TV dan bilik mandi sendiri.

Culvert View Chalets. Foto - CheckinSabah
Pemandangan bangun pagi di Culvert View Chalets

Tarikan lain untuk pengunjung dan tetamu adalah sky mirror, buaian, langit tangga, potrait karya seni 3D, bingkai pintu berwarna dan rabbits farm. Jangan risau, kawasan tempat letak kereta turut disediakan.


Sky mirror berlatarkan belakang Gunung Kinabalu. Foto - IG Qaartyyneeee
Buaian pun disediakan. Foto - Siti Zulaika
Culvert View. Foto - Siti Zulaika

Lokasi: Culvert View, Jalan Lobou-lobou Satu, Kg, Lembah Permai, Kundasang, Kota Kinabalu, Sabah.

Facebook: Culvert View 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!