Dari Bandar Sunyi & Sepi, Warga Wuhan Banjiri Pesta Air Meraikan ‘Kebebasan’ - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz

Dari Bandar Sunyi & Sepi, Warga Wuhan Banjiri Pesta Air Meraikan ‘Kebebasan’

Avatar
Share
  • Wuhan, ibu kota wilayah Hubei terletak di China Tengah mempunyai populasi 11 juta penduduk.
  • Bandar & wilayah ini tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan sejak pertengahan Mei.
  • Penganjur HOHA Water Electrical Musical Festival tawar tiket half price kepada pengunjung wanita.

“Entire world is suffering and struggling, but Wuhan in enjoying mood”.

Itulah antara kata-kata yang dikongsikan warganet setelah gambar-gambar festival air di Wuhan Maya Beach Water Park tular semalam.

Biarpun pandemik Covid-19 masih belum reda di seluruh dunia, keadaan di Wuhan ketika ini cukup berbeza.

Wuhan
Kredit - BBC/FOTO - Getty Images

Rutin harian penduduk Wuhan secara beransur-ansur kembali normal sejak bandar komersial di wilayah Hubei ini berjaya membendung jangkitan baharu.

Wuhan telah melonggarkan lockdown pada Mac dan menamatkan sekatan selepas 76 hari pada April lalu.

Wuhan Maya Beach Water Park

Tanpa membuang masa, ribuan pengunjung membanjiri taman tema air, Maya Beach Water Park bagi meraikan festival muzik elektronik secara terbuka.

Pesta air ini diadakan di Happy Valley Wuhan sejak 11 Julai dan akan berakhir pada 30 Ogos ini.

Menariknya, pengunjung begitu seronok berpesta dalam kolam air tanpa mengamalkan penjarakan fizikal mahupun memakai pelitup muka.

Wuhan
Lengkap dengan deejay, penari yang memakai pakaian berwarna-warni/Kredit - Astro Awani

Gambaran ini seolah satu kebebasan dan misi ‘revenge’ buat penduduk Wuhan setelah hampir tiga bulan terkurung tanpa simpati.

Kes positif Covid-19 telah dikesan kali pertama di Wuhan pada Januari lalu dan ‘dikatakan’ bandar ini menjadi titik awal penyebaran secara meluas.

Disebabkan tidak ada larangan untuk berkumpul dan hampir 9.9 juta penduduk telah menjalani ujian saringan, Wuhan diisytihar sudah bebas!

*sumber – BBC

Wuhan
Kredit - Astro Awani
Wuhan
Wuhan ibarat bandar hantu/FOTO - Getty Images

Menurut data Johns Hopkins University, angka kematian angkara Covid-19 di seluruh dunia kini sebanyak 778,557 kes.

Negara terawal yang mencatatkan penurunan kes tempatan mendadak seperti VIetnam, Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Malaysia sedang berdepan risiko gelombang kedua.

Sukacita diingatkan, usahlah kita terlalu seronok dengan kelonggaran yang diberikan, latih diri untuk menjadi rakyat bertanggungjawab atas kebebasan yang diberikan.


Tiket penerbangan jadi mahal masa pandemik Covid-19? Ini 4 faktor yang perlu anda tahu – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!